Majlis Penyampaian "Notebook" 1 Malaysia di SMK Dato'penggawa Barat 13 Julai 2011



Seramai 401 pelajar tingkatan 5 dan 6 berpendapatan rendah telah menerima 401 buah komputer riba 1Malaysia  daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara percuma. Selaras dengan dasar kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" pemberian in bertujuan untuk memperluaskan capaian akses internet jalur lebar kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Komputer riba 1Malaysia dibangunkan Mimos Bhd ini berkeupayaan membolehkan pengguna melayari internet melalui perkhidmatan jalur lebar seperti WiFi, sistem 3G atau HSDPA dan WiMAX.