MAJLIS “KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI” SEMPENA MAJLIS PERSARAAN TN.HJ. RAHMAT BIN SARBANI

28 April 2016 : Jika kita soroti perjalanan Tn.Hj Rahmat bin sarbani ini, bermula sebagai seorang guru cemerlang matematik dan berakhir sebagai Kaunselor  Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun 1980. Bapa kepada 4 orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercintanya merupakan seorang sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 36 tahun sewaktu menabur keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam. 

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.