15 April 2021- Khabar duka menyelubungi warga SDPB hari ini apabila Cikgu Shafie Salleh telah jatuh dan pengsan ketika sedang mengajar di kelas. Beliau telah dibawa ke Hospital Pontian oleh ambulans dan seterusnya dirujuka ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Hasil diagnosis doktor mendapati ada darah beku di bahagian otak Cikgu Shafie dan pembedahan segera perlu dilakukan. Seluruh warga SDPB mendoakan agar dipermudahkan urusan rawatan Cikgu Shafie dan beliau kembali pulih seperti biasa.