ANUGERAH PERAK DAN GANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN - iCOMPEX2021

19 September 2021 -Pertandingan iCompex 2021 telah melabuhkan tirainya petang tadi. Majlis penutupan yang disempurnakan oleh YB. Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi. Bertemakan Innovation, Innovative Ideas vs COVID-19 And Beyond, penganjuran pada tahun ini dijalankan secara rakaman video dan disertai seramai 561 pasukan. SMKDPB telah menyertai pertandingan iCompex sejak tahun 2013 dan ini merupakan penyertaan yang kesembilan disertai pasukan inovasi sekolah.

SMKDPB telah menghantar 2 buah pasukan inovasi iaitu pasukan yang diketuai Cikgu Sharifah Ain binti Haji Ali dengan inovasinya ‘SELAMATKAN ALAM SEKITAR DENGAN BEACH TRASH SCOOP’ telah memperoleh Pingat PERAK sementara pasukan yang diketuai oleh Cikgu Suhizulhisam bin Keliwon dengan inovasinya ‘E-WATER (ECO PORTABLE WATER FILTER)’ telah memperoleh Pingat GANGSA.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sharifah Ain dan Cikgu Suhizulhisam serta anak-anak SMKDPB atas kejayaan  mengharumkan nama SMKDPB.