MESYUARAT GURU BIL.1/2022-2023

13 Mac 2022 -Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2022/2023 telah dijalankan pada pagi ini secara hybrid. Kesemua guru hadir dan mengikuti amanat serta menerima amanah memikul tanggungjawab bagi sesi 2022/2023. Tuan Pengetua, Encik Mohd Shaphri bin Mohd Yusof mempengerusikan mesyuarat pada hari ini. Semoga warga SDPB Menjuarai siap siaga menempuh sesi baharu yang akan bermula pada 21.3.2021.

SDPB juga menerima 3 orang guru baharu iaitu En Zaki Hikwan bin Achok, Pn. Norazrin binti Bachok dan En Muhammad Farhan Azwan bin Daud. Selamat datang diucapkan.

SDPB juga merakam penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Halimah binti A. Wahid yang berpindah ke SMK Medini, Johor Bahru.