NOVEL HASIL KARYA ANAK-ANAK SDPB

14 Mac 2022 - Kejayaan tidak akan mampu dicapai tanpa usaha yang jitu. Sagu tidak akan diperoleh jika tidak dipecahkan ruyungnya. Begitulah hakikat sebuah kejayaan yang perlu disertai usaha yang keras.

Hari ini 2 buah novel hasil karya anak-anak SDPB telah berada dirak maya BLINK DIGITAL. Novel diterbitkan oleh pihak BLINK BOOK hasil usaha sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Perkampungan Penulis Muda yang telah diadakan pada 6-9 Disember 2021 secara maya.

Tahniah diucapkan kepada Nursyafiqah Hazwani binti Zaidi (Prolog Tanpa Epilog) dan Analiza binti Mokhlis (Tanpa Rindu) serta Cikgu Anuar selaku guru pembimbing. Berikut merupakan link Rak Maya untuk membaca novel tersebut.

1. https://rakmaya.blinkblink.my/books/pmxr/#p=1

2. https://rakmaya.blinkblink.my/books/skyi/#p=1