PANDU PUTERI REMAJA

27 Mac 2022- Bertempat di Lotus Desaru, Ballroom telah diadakan Majlis Anugerah Pandu Puteri Remaja 2022. Anugerah disampaikan oleh YAM Che Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam kepada 15 orang ahli Pandu Puteri seluruh negeri Johor. SMKDPB sangat berbangga kerana 3 daripada 15 ahli Pandu Puteri tersebut adalah pelajar sekolah SMKDPB. Mereka yang sangat rajin, gigih dan sabar dengan segala cabaran sehingga berjaya meraih Anugerah ini ialah:

1. Adik Iman Irene Qawiema binti Ahmad Feisal

2. Adik Nurul Najihah binti Adam

3. Adik Hanis Umairah binti Hasnizam.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat mereka bertiga dan semoga kejayaan mereka menjadi pencetus semangat kepada semua pelajar terutamanya ahli Pandu Puteri sendiri untuk bersama-sama menyahut cabaran ke puncak kegemilangan kokurikulum.