SMKDPB MENJUARAI PERTANDINGAN KUIZ ILMU WAHYU PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013

15hb Jun 2013 : Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Menengah (MISS) Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Penyertaan khusus kepada sekolah-sekolah yang menawarkan kelas Aliran Agama sahaja seperti (SMAP, SMKA, KAA dan SABK) Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan bagi kategori menengah rendah dan menengah atas antaranya pertandingan Hiwar (dialog) Bahasa  Arab, Kalimatus Sobah (Pengucapan Pagi), Hafazan Al-Quran, Qiraat Saba’ah Bittarannum, Kuiz Bahasa Arab dan Kuiz Ilmu Wahyu.

                SMKDPB telah menghantar 4 orang wakil yang kesemuanya dari tingkatan 5AK. 3 orang peserta menyertari acara Kuiz Ilmu Wahyu (Menengah Atas) telah menjadi JUARA pertandingan tersebut. Mereka ialah saudari Nur Auni Binti Mohamad Jurimi, Nur Syahmina Binti Mohidin dan Nur Adlina Binti Md. Azmi manakala seorang lagi peserta menyertai acara Qiraat Saba’ah Bittrannum (Menengah Atas) iaitu Nur Zaimah Binti Zainal telah memenangi tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!