LADAP KALI KE-4


15 Jun – Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Ke-4 telah diadakan pada pagi ini. LADAP kali ini dibahagikan kepada dua slot iaitu Bengkel FROG VLE  dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Para peserta yang terdiri daripada guru-guru SMKDPB telah didedahkan kepada cara mengaktifkan Frog VLE dan seterusnya membina laman web berasaskan Frog VLE. Guru-guru juga diharapkan menggunakan medium ini sebagai perantara untuk berinteraksi dengan para pelajar dan guru-guru dari sekolah-sekolah lain.
                Sesi kedua diteruskan dengan pengenalan kepada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

                Kursus pada kali dikendalikan oleh En Mohd Shahpri bin Mohd Yusof dan En Mohd Khidhir bin Ibrahim. Semoga guru-guru mendapat manfaat yang berguna.