PEMERIKSAAN KHAS SBT KOHORT 4 SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2013

25 Jun 2013 : Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah menyenaraikan SMK Dato’ Penggawa Barat sebagai salah sebuah sekolah yang tersenarai dalam pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi bagi Tahun 2013. Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Salah satu sub-NKRA tersebut ialah Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi. 

Matlamat utama sub-NKRA ini ialah:
  1. Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik.
    • Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
  2. Menghasilkan pelajar yang cemerlang.
    • Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
  3. Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.
    • Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Justeru, pada hari ini kumpulan Jemaah Nazir Kebangsaan telah hadir ke SMK Dato’ Penggawa bagi menjalankan tugas verifikasi penilaian SBT. Semoga sekolah kita layak untuk dicadangkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Amin.