|
OBJEKTIF PROGRAM
1. Menjalin ukhwah peserta
Program Zero To Hero dari SMKDPB dan PRS SMKSAJ serta guru di kedua sekolah.
2. Menarik minat dan
memotivasikan pelajar dalam aktiviti yang mencabar iaitu mendaki gunung.
3. Melahirkan pelajar yang
mencintai alam sekitar dan merasai kehebatan
Allah SWT yang mencipta dan mentadbir alam ini.
4. Memperhebatkan
kecerdikan emosi dan spiritual para
pelajar dalam aktiviti yang dijalankan.
|
|
|
(Guru)
1.
Pn.Hjh.Zaiton Binti Hitam
2.En.Mohd.
Ramli bin Sulaiman.
3.Pn.Zabilin
binti Harjin
4.Cik
Marlia binti Awang
|
|
REHLAH MENJALIN UKHWAH
21 Jun 2014 : Satu program Rehlah Menjalin Ukhwah telah dijalankan di Gunung Lambak, Kluang. Program ini melibatkan pelajar-pelajar SMKDPB dan bersama pelajar-pelajar SMK Sultan Abdul Jalil, Johor. Seramai 46 orang pelajar SMKDPB 4 orang guru pengiring dan telah menyertai program ini.
Tahniah SMK Dato' Penggawa Barat telah memperoleh Tawaran Baharu Pengetua bagi Tahun 2013
27 Jun 2014: Tawaran Baharu merupakan pengiktirafan kepada Pengetua dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah. Penilaian terhadap pencapaian pemimpin sekolah dibuat berasaskan kombinasi pencapaian akademik, kokurikulum, dan elemen-elemen lain yang memberi impak dalam kemenjadian murid. Pengukuran pencapaian Pengetua dibuat berasaskan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang merangkumi aspek Hala Tuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Program Pendidikan dan Kemenjadian Murid.

Dalam konteks inilah, Tawaran Baharu dilihat sebagai usaha yang selari dengan sistem pendidikan yang berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara. Pada tahun ini buat kali yang kedua, SMK Dato' Penggawa Barat sekali lagi telah mendapat Tawaran Baharu Pengetua 2013. Sejumlah 18 buah sekolah negeri Johor daripada 192 buah sekolah seluruh negara telah berjaya mendapat tawaran tersebut . Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusof, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Palace of Golden Horses, Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, Selangor D.E.
Dalam konteks inilah, Tawaran Baharu dilihat sebagai usaha yang selari dengan sistem pendidikan yang berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara. Pada tahun ini buat kali yang kedua, SMK Dato' Penggawa Barat sekali lagi telah mendapat Tawaran Baharu Pengetua 2013. Sejumlah 18 buah sekolah negeri Johor daripada 192 buah sekolah seluruh negara telah berjaya mendapat tawaran tersebut . Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusof, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Palace of Golden Horses, Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, Selangor D.E.
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-50 SMKDPB
25 Jun 2014 – Kejohanan Olahraga Kali Ke-50, SMK Dato’ Penggawa Barat
telah berlangsung di Padang Kejora SMKDPB. Kejohanan yang dijadualkan pada pukul
8.00 pagi terpaksa ditunda ke pukul 9.00 pagi kerana hujan. Perasmian Kejohanan Olahraga ini
disempurnakan oleh Tn Hj Zaidi bin Ahmad, Timbalan PPD Daerah Pontian.
Kejohanan
olahraga kali ini dimulakan dengan acara perbarisan lintas hormat oleh
rumah-rumah sukan serta pasukan unit beruniform. Perarakan ini diiringi oleh pancaragam Unit
Semboyan RAMD Batu Pahat. Kejohanan
olahraga ini tamat pada pukul 1.00 petang. Pemenang bagi semua acara akan
diumumkan dalam majlis penyampaian hadiah yang akan berlangsung pada minggu
hadapan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Kejohanan Olahraga
Kali Ke-50 ini.
Program Motivasi Perdana Tg 3,4 & 5 - Tengku Asmadi bin Tengku Mohammad
26 Jun 2014 – Satu Program
Motivasi Perdana telah diadakan pada
hari ini. Seramai 400 pelajar Tingkatan 3, 4, dan 5 hadir bagi mendengar ceramah tersebut.Walaupun hari ini merupakan cuti umum sempena kejayaan pasukan bola
sepak JDT menjuarai Liga Super namun para pelajar , guru-guru dan staf sokongan tetap hadir secara sukarela
ke Dewan seri Gemilang, SMKDPB untuk mengikuti
Program Motivasi Perdana.
Program
motivasi ini disampaikan oleh Pakar Motivasi terkenal iaitu Dr. Tengku Asmadi
bin Tengku Mohamad dari MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.
Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Satu pembakar semangat motivasi yang sangat menarik
kepada anak-anak pelajar SMKDPB. Kelihatan para pelajar SMKDPB begitu teruja
dengan kehadiran figura yang terkenal ini dan kesempatan ini digunakan
sebaiknya oleh para pelajar untuk mendapatkan autograf dan bergambar
bersama-sama Dr. Tengku Asmadi. Semoga para pelajar, guru-guru dan staf sokongan
mendapat manfaat melalui program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan program ini.
JELAJAH REFLEKSI DIRI
Pada 9-12 Jun 2014
seramai 6 orang pelajar, 2 orang guru dan seorang kakitangan bukan guru telah mengikuti
lawatan sambil belajar ke Medan Indonesia. Lawatan ini adalah anjuran bersama Kelab
Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab J-Robik. Lawatan yang bertemakan JelajahRefleksi
Diri ini adalah bertujuan untuk melihat pemandangan dan keindahan alam pencipta,
mencari ilmu serta pengalaman dan mencari keinsafan diri. Banyak tempat menarik
yang telah diterokai termasuklah Danau Toba yang mempunyai pemandangan yang
amat unik untuk dihayati, Pulau Samosir iaitu penempatan serta lokasi suku Kaum
Batak , Air Terjun Sipisopiso, Gundaling yang memberikan suasana dingin, segar dan
asli. Selain daripada itu juga satu jaringanpersahabatan dengansebuah sekolah iaitu
SMA Seri Wijaya telah terjalin, di mana pasukan sekolah kami telah mengadakan persembahan senaman JRobik bagi
membuktikan budaya sihat yang diamalkan di sekolah. Banyak pengalaman baru yang
berguna telah diperolehi daripada lawatan ini.
Pra- Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 50 Jubli Emas
21 Jun 2014 : Tanggal 25 Jun 2014, akan terlakar sejarah tersendiri SMK Dato
Penggawa Barat kerana akan menyambut Kejohanan Sukan Tahunan keli ke-50 (Jubli Emas) tahun ini. Dengan usia yang telah menjangkaui lebih 1/2 abad, SMK Dato, Penggawa Barat semakin matang dan membesar dengan jayanya dengan barisan pendidik berdedikasi tinggi. Kejohanan Pra-Sukan telah bermula pada hari ini dengan acara saringan padang dan balapan kategori L15, L18, P15 dan P18.Majlis Perpisahan Pn. Farizwana binti Mohd Hair
19 Jun 2014 : Majlis perpisahan Pn. Farizwana binti Mohd Hair, Guru Akademik Pendidikan Moral telah diadakan secara ringkas di DSG pada hari ini. Majlis ini diadakan sebagai tanda ingatan dan penghargaan sekolah atas khidmat yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di SMK Dato' Penggawa Barat selaku guru akademik pendidikan moral. Pn.Farizwana telah ditukarkan ke SMK Muadzam Jaya, Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur mulai 21 Jun 2014.
Penyerahan Piala Pusingan Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia Juara 6 Tahun berturut-turut (2008 hingga 2013)
| Penyerahan Piala Pusingan Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia : Juara 6 Tahun berturutan 2008-2013 sebagai milik hakiki kepada SMK Dato' Penggawa Barat. |
16 Jun 2014 : Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia merupakan program hiburdidik berbentuk kuiz. Ia
terbahagi kepada empat kategori iaitu Sekolah Menengah,
Universiti, Badan Beruniform dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagi
kategori pertama & kedua ia telah diperkenalkan pada tahun 2001
manakala kategori ketiga telah bermula pada tahun 2003. Kategori IPG di
perkenalkan pada tahun 2009. Setiap kategori masing-masing terbuka
kepada pelajar sekolah menengah harian bagi pelajar tingkatan 4 & 5,
pelajar universiti, anggota beruniform pelbagai pangkat dan guru-guru
pelatih.
Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan & pendidikan mengenai perkaitan antara risiko &
pulangan dari pelaburan dengan berteraskan pelaburan jangka panjang
untuk strategi jangka panjang; dan menguji
pengetahuan tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa dunia
pelaburan, ekonomi dan kewangan di samping menekankan manfaat menyimpan
& melabur dan kepentingannya dalam perancangan kewangan peribadi
& keluarga.
Majlis Penyerahan Piala tersebut telah disempurnakan oleh Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid selaku Pengerusi Permodalan Nasional Berhad di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 16 Jun 2014.
Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014
1-6 Jun 2014 – Jambori Pengakap Antarabangsa
Terengganu 2014 telah diadakan di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Terengganu.
Ahli-ahli Pengakap Laut Kumpulan 14 turut menyertai jambori kali ini. Seramai
33 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah berkampung di Kem Tengku
Muhammad Ismail, Terengganu.
Pelbagai
aktiviti diadakan seperti memanah, mencanting batik, flying fox, paintball dan
sebagainya. Aktiviti tersebut dibahagikan kepada beberapa sektor iaitu Sektor A
(Permainan Tradisional ), Sektor B (Kraf Tradisional), Sektor C (Aktiviti Air )dan
Sektor D (Aktiviti Darat ) yang kesemuanya berjumlah 25 aktiviti pelbagai
sektor. Perasmian disempurnakan oleh YAB
Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu. Antara
negara yang turut hadir ialah Pakistan, Indonesia, Brunei, Singapura, Hong
Kong, Thailand, Ghana dan United Kingdom. Program yang bertemakan ‘Apresiasi Alam’ itu anjuran bersama
Kerajaan Terengganu, Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Persekutuan Pengakap
Malaysia.
10 Fakta TISJ 2014
1. Cikgu Ehsan, Wak Senam dan Nadrah Nurfadzlin
mengalami keracunan makanan akibat makan Mi Goreng Tasha Shila di Muadzam Shah.
Wak Senam hanya keracunan hari pertama sahaja, Nadrah Nurfadzlin hanya
muntah-muntah dan Cg Ehsan ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu sehingga
5 Jun.
2. Enam pelajar mengalami simptom demam dan
dirawat di sick bay yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
3. Komunikasi dengan pelajar-pelajar Pendidikan
Khas iaitu Allen Lee Chen, Chong Xue Nie dan Mohammad Faiz menggunakan teks
melalui telefon bimbit setelah Cg Ehsan ditahan di wad.
4. Beberapa orang cikgu SMKDPB turut menjengok di
Kem Telaga Batin iaitu Cg Ramli, Pn Hjh Saodah, Pn Yanti dan Pn Rabbiatul
Adawiah.
5. Lima orang bekas pelajar SMKDPB juga turut
menyertai TISJ dan bersama-sama kami di kontinjen Johor.
6. Johor mendapat tempat kedua dalam pertandingan
Pintu Gerbang di mana proses mengambil buluh dan dibawa ke Terengganu seterusnya mendirikan pintu gerbang dilakukan oleh kontinjen Pontian.
7. Sebuah lagu khas dicipta untuk kontinjen
Pakistan yang berbunyi…”Dil…dil...dil..dil... Pakistan…Jah...jah…Jaha …Pakistan….”
8. Cg Ehsan menerima sumbangan daripada Masjid
Negara ketika berada di hospital.
9. Mohd Afiq Rahiman kehilangan wang tunai serta
kad pengenalan dan laporan polis dibuat di Balai Polis Gong Badak.
10. Masa diambil untuk membeli keropok lekor semasa
dalam perjalanan pulang ialah selama 1 jam 30 minit. Hampir kesemua pelajar dan
guru-guru turut membeli sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















