Penyerahan Piala Pusingan Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia : Juara 6 Tahun berturutan 2008-2013 sebagai milik hakiki kepada SMK Dato' Penggawa Barat. |
16 Jun 2014 : Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia merupakan program hiburdidik berbentuk kuiz. Ia
terbahagi kepada empat kategori iaitu Sekolah Menengah,
Universiti, Badan Beruniform dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagi
kategori pertama & kedua ia telah diperkenalkan pada tahun 2001
manakala kategori ketiga telah bermula pada tahun 2003. Kategori IPG di
perkenalkan pada tahun 2009. Setiap kategori masing-masing terbuka
kepada pelajar sekolah menengah harian bagi pelajar tingkatan 4 & 5,
pelajar universiti, anggota beruniform pelbagai pangkat dan guru-guru
pelatih.
Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan & pendidikan mengenai perkaitan antara risiko &
pulangan dari pelaburan dengan berteraskan pelaburan jangka panjang
untuk strategi jangka panjang; dan menguji
pengetahuan tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa dunia
pelaburan, ekonomi dan kewangan di samping menekankan manfaat menyimpan
& melabur dan kepentingannya dalam perancangan kewangan peribadi
& keluarga.
Majlis Penyerahan Piala tersebut telah disempurnakan oleh Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid selaku Pengerusi Permodalan Nasional Berhad di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 16 Jun 2014.