26 Jun 2014 – Satu Program
Motivasi Perdana telah diadakan pada
hari ini. Seramai 400 pelajar Tingkatan 3, 4, dan 5 hadir bagi mendengar ceramah tersebut.Walaupun hari ini merupakan cuti umum sempena kejayaan pasukan bola
sepak JDT menjuarai Liga Super namun para pelajar , guru-guru dan staf sokongan tetap hadir secara sukarela
ke Dewan seri Gemilang, SMKDPB untuk mengikuti
Program Motivasi Perdana.
Program
motivasi ini disampaikan oleh Pakar Motivasi terkenal iaitu Dr. Tengku Asmadi
bin Tengku Mohamad dari MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.
Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Satu pembakar semangat motivasi yang sangat menarik
kepada anak-anak pelajar SMKDPB. Kelihatan para pelajar SMKDPB begitu teruja
dengan kehadiran figura yang terkenal ini dan kesempatan ini digunakan
sebaiknya oleh para pelajar untuk mendapatkan autograf dan bergambar
bersama-sama Dr. Tengku Asmadi. Semoga para pelajar, guru-guru dan staf sokongan
mendapat manfaat melalui program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan program ini.