Pada kali ini sekali lagi Prof. Madya Zaleha Binti Ismail, pensyarah di Jabatan Matematik Universiti Teknologi Malaysia telah diundang untuk membimbing dalam pengendalian kursus.
Antara isi kandungan kursus ini, guru-guru matematik didedahkan dengan teknik-teknik pengisian yang diperlukan untuk dimuatkan dalam sesuatu laman web yang berkaitan dengan matematik. Bagi membolehkan kejayaan kursus ini berjaya, tapak laman web mesti diwujudkan.
Objektif kursus ini antaranya ialah:
- Matematik diterokai secara global
- Peningkatan minat pelajar dalam mempelajari matematik dihujung jari
- Kaedah pendekatan yang lebih mesra pelajar