Pada kursus kali ini pihak Penyelaras Kebitaraan telah mengundang Pensyarah dari UTM Skudai Prof. Madya Dr. Zaleha Binti Ismail dengan dibantu oleh 2 orang mahasiswi.
Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari dengan kehadiran seramai 18 orang peserta.
Antara objektif kursus ini adalah:
- Mempertingkatkan mutu penyediaan BBM bagi guru-guru matematik.
- Mempelbagai kaedah penyampaian P & P di dalam kelas
- Meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari matematik
- Meningkatkan kualiti pencapaian GPMP matematik PMR, SPM dan STPM
Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Panitia Matematik dan semua guru yang terlibat bagi menjayakan kursus tersebut. Semoga SMKDPB akan terus gemilang dalam menuju ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.