Semoga intervensi yang dilakukan akan membawa perubahan kepada peningkatan prestasi PMR dengan memiliki sasaran melebihi 150 orang pelajar 'Perfect Score' 2011. Dr. Joseph Murphy pengarang buku The Power Of Your Subconscious Mind pernah berkata bahawa kekayaan itu sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan dalam diri seseorang individu. Sekiranya kita menstimulasikan dari dalam diri melalui minda separa sedar bahawa "aku yakin boleh jadi kaya dengan cara yang tersendiri" dengan secara automatik, badan dan fikiran akan terarah kepada matlamat tersebut dan akan menerima beberapa kesan yang mengagumkan sehingga berjaya.
Justeru tidak salah kalau kita barisan guru SMK Dato'Penggawa Barat dengan yakin mempercayai kita berjaya memiliki sasaran melebihi 150 orang pelajar yang menduduki PMR tahun 2011 memperoleh 'Perfect Score' (8A/9A).
Semoga usaha gigih guru-guru dan anak-anak didik kita, disusuli dengan doa' yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t serta keyakinan kita dibawah pengaruh 'Minda Separa Sedar' InsyaAllah' impian kita akan berhasil dan diperoleh selepas ini.