MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TERAWIH PERDANA 2016
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TERAWIH PERDANA 2016
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31
28 MEI 2016 - Mesyuarat agung PIBG Kali Ke-31 telah diadakan pada pagi ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Ramli bin Abd Mutalib, Setiausaha Sulit Kanan, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pemilihan pengerusi serta ahli jawatankuasa yang baharu juga diadakan bagi penggal 2016/2018. Semoga barisan kepimpinan yang baharu dapat membantu membawa SMKDPB ke puncak jaya.
MAJLIS “KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI” SEMPENA MAJLIS PERSARAAN TN.HJ. RAHMAT BIN SARBANI
28 April 2016 : Jika kita soroti perjalanan Tn.Hj Rahmat bin sarbani ini, bermula sebagai seorang guru cemerlang matematik dan berakhir sebagai Kaunselor Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun 1980. Bapa kepada 4 orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercintanya merupakan seorang sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 36 tahun sewaktu menabur keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
MAJLIS PERSARAAN PN. HJH SAADAH BINTI MOHD KASSIM MAJLIS PESARAAN PN SAADAH BINTI
21 April 2016 : Majlis Persaraan Pn.Hjh Saadah binti Mohd Kassim telah diadakan dengan gilang gemilang setelah 36 tahun menjalankan tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Mula berkhidmat pada tahun 1980 di
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PUSTAKAWAN DAN PRS 2016
20hb April 2016 : Majlis Penyampaiann Watikah Pustakawa Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya telah disempurnakann oleh Tn Hj. Hashim bin Mohd Dom sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan ihak sekolah terhadap pengorbanan, komitmen dan tanggungjawab yang diberikan oleh mereka yang terpilih berkenaan.
LAWATAN KE ASPURA DAN ASPURI BERSAMA HOMEROOM 2016
8 APRIL 2016 - Satu lawatan ke asrama putra dan asrama putri bersama homeroom telah direalisasikan pada pagi ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan memantau setiap bilik asrama. Turut hadir pada pagi ini Pn Siti Hasnah Bahari (PK HEM), Pn Rohati Sood (PK KOKO) ketua-ketua bidang serta guru homeroom. Tahniah kepada para pelajar Aspura dan Aspuri, semoga kebersihan dan keceriaan ini diteruskan setiap hari. terima kasih juga kepada guru-guru yang hadir.
JOHAN BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH PONTIAN 2016
7 APRIL 2016 - Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Pontian 2016 peringkat akhir telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB Pontian. Pertandingan akhir ini menemukan pasukan bahas SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman (Pembangkang) dan SMK Dato' Penggawa Barat (Kerajaan). Usul yang dibawa oleh pihak kerajaan ialah Institusi Keluarga Membentuk Modal Insan Sempurna. Usul ini dibahaskan dan akhirnya diterima. Oleh hal demikian, SMKDPB telah dinobatkan sebagai Johan dan pembahas terbaik dimiliki oleh Siti Hajar Mazlan (SMKDPB). Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga berjaya membawa nama Daerah Pontian ke peringkat seterusnya.
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016
6hb April 2016: Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program KM1M yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu 4, 5 dan 6 April 2016 di SMK Dato' Pengawa Barat. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena KM1M ini diantaranya ialah sepeti dibawah :
I.
Pertandingan
Pemimjam buku terbanyak
II.
Pertandingan
Menulis Sajak Sukan
III.
Pertandingan
Menjawab Silang Kata
IV.
Pertandingan
Mencipta Silang Kata
V.
10
Minit bersama buku
VI.
Persembahan
Bahas Ala Parlimen
VII.
Kuiz
spontan – Pengetahuan Am
VIII.
Persembahan
Kior Lagu Nilam dan Lagu Mari membaca .
IX.
Persembahan
Sajak
X.
Majlis
Pelancaran KM1M
Subscribe to:
Posts (Atom)















