PROGRAM INTENSIF TINGKATAN 6, 1HB HINGGA 4HB JULAI 2011 DI SEKITAR BEBERAPA LOKASI DI PAHANG DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. ANTARANYA IALAH SMK PULUN, FELDA PULUN, TEMERLOH PAHANG, PUSAT PERLINDUNGAN GAJAH, KUALA GANDAH ; TAMAN RUSA, BUKIT RENGIT ; UNIVERSITI MALAYA DAN BANDAR I-CITY SHAH ALAM.

 

Program perkongsian pintar di SMK Purun diadakan bertujuan untuk membuka ruang perkongsian maklumat antara dua negeri sebagai mendorong ruang kecemerlangan khususnya Peperiksaan STPM bagi para pelajar Tingkatan 6 Atas 2011.
 

SMART OBSERVATION STUDY IN KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY, PAHANG.

This centre was established in 1989 by the Department of Wildlife and National Parks. A base for the Elephant Relocation Team which started in 1974.

Being the only centre in Malaysia, the team is dedicated to locating, subduing, translucent problem elephants from areas where their habitats are constantly being encroached by plantations, to Malaysia's National Parks such as Taman Negara. 
Over the past 25 years the strong team has helped to prevent the further decline of the elephant population by relocating more than 300 wild elephants!

Kuala Gandah also aims to promote public awareness of the elephant's plight in Malaysia and to support research into elephant translocation and conservation. It also aims to educate the public about the importance of habitat and environmental preservation.
 



Smart observation study in Deerland Park in Bukit Rengit, Lanchang, Pahang
Deerland Park deer sanctuary is situated in Bukit Rengit, Lanchang, about 140 km from Kuantan. It’s a 2 hours drive from Kuala Lumpur or an hour from Genting Highlands. It is interesting and fascinating during the deer-feeding session as you can touch the wild animals that have been tamed and trained to allow human to go near the deers and touch them.
Deerland Park Pahang ostrich
The park’s Animal World offers other attractions such as peacocks, ostriches and a sunbear.  Across the Deer sanctuary, Nature Garden is on an elevated walkway and awesome sight with its varieties of herbs and plants such as Tongkat Ali (traditional Viagra), Kacip Fatimah and 40 other medicinal herbs which can be found in rainforests. Visitors can also go camping or join a guided tour to learn basic jungle survival skills.

LAWATAN BERPANDU DI FAKULTI PERNIAGAAN & PERAKAUNAN, PERPUSTAKAAN UTAMA DAN FAKULTI SAINS  UNIVERSITI MALAYA

  Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.
  Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.


LAWATAN BERPANDU DI BANDAR I-CITY SHAH ALAM

  Taman Tema Snowalk,I-City, Shah Alam merupakan tarikan terbaru menggamit orang ramai ke bandar itu yang akan memberi pengalaman musim salji seperti di negara-negara hemisfera utara kepada lawatan kami di I-City. Snowalk dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 1 pagi pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 2 pagi pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.Bayaran termasuk baju sejuk sementara kasut pula dikenakan bayaran sewa sebanyak RM10. Antara paling menarik sepanjang lawatan kami di Snowalk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni.Turut disediakan ialah permainan musim salji seperti gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.


Memori indah Pertandingan Akhir Pidato dan Kuiz Pelaburan KPBPNB 2010




SMK Dato' Penggawa Barat johan Kuiz Pelaburan PNB
11 Aug 2010, 09:59 AM |UTUSAN MALAYSIA



TAN Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman bersama para pemenang Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2010 di Putrajaya baru-baru ini.


PESERTA Kuiz bersaing sesama sendiri untuk menyelesaikan permasalahan yang diberi.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Penggawa Barat, Johor muncul sebagai johan pada pertandingan akhir Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2010 bagi kategori sekolah menengah yang berlangsung di Dewan Seri Endon, Putrajaya, baru-baru ini.


Sekolah yang diwakili oleh Mohamad Izwan Zorkarnain, Siti Syairah Samiri dan Suhada Abd. Wahid serta guru pengiringnya, Norizah Abd. Karim itu menjuarai pertandingan dengan menewaskan dua buah sekolah di peringkat akhir.

Sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Methodist, Sibu, Sarawak, yang mendapat naib johan dan SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, mendapat tempat ketiga.

Sementara itu, Mohammad Saifuddin, 16, dari SMK Baru Bintulu, Sarawak dipilih sebagai johan pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB) 2010 yang diadakan serentak dengan kuiz pelaburan tersebut.

Mohammad memenangi pertandingan itu dengan pidatonya yang bertajuk "Membudayakan ilmu merancang kewangan dalam kehidupan seharian".

Naib johan dimenangi oleh Thanusha A/P M. Ganesan, 17, dari SMK Undang Rembau, Negeri Sembilan sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh Azaina Lanus, 19, dari SMK Abaka, Sabah.

Tiga pemenang tersebut berjaya mengetepikan cabaran dari tujuh peserta lain yang mewakili sekolah masing-masing di peringkat akhir.

Sekolah-sekolah itu ialah SMK Tun Fuad Stephens, Sabah; SMK Dato' Amhad Maher, Kelantan; SMK Sik, Kedah; SMK Seri Balik Pulau, Pulau Pinang; SMK Labuan, Labuan; SMK Rosli Dhobi, Sarawak dan SMK Dato' Penggawa Barat, Johor.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, Kementerian Pelajaran sangat mengalu-alukan penglibatan badan korporat seperti PNB dalam membangunkan wacana pendidikan negara.

"Inisiatif seperti kuiz dan pertandingan ini selari dengan matlamat kementerian dalam melahirkan para pelajar yang memiliki kemantapan intelektual dan menyumbang kepada kecemerlangan akademik serta memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik selain keperibadian yang tinggi," katanya.

Ujar beliau, melalui kuiz pelaburan yang disertai pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima itu dilihat membantu dalam menguji pengetahuan mereka mengenai dunia pelaburan dan memupuk kemahiran pengurusan kewangan.

"Sementara pertandingan pidato yang terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima ini pula mampu membina keyakinan diri, komunikasi dan menggalakkan pemikiran kritikal di kalangan mereka.

"Oleh itu, saya merasakan kerjasama kementerian dan badan korporat seperti PNB adalah komponen penting dalam mencapai transformasi dan pembaharuan menyeluruh dalam sistem pendidikan yang akan meningkatkan peningkatan peningkatan kualiti pendidikan negara," jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Kuiz Pelaburan PNB 2010 kategori Sekolah Menengah ini telah berlangsung sejak Mac lalu serentak di seluruh negara dan secara keseluruhannya membabitkan penyertaan seramai 4,152 pelajar mewakili 1,384 buah sekolah menengah harian.

Johan pertandingan kuiz pelaburan menerima piala pusingan, piala iringan serta unit-unit Amanah Saham Gemilang - Pendidikan (ASG-Pendidikan) bernilai RM8,000.

Naib johan pula membawa pulang unit ASG-Pendidikan bernilai RM5,000 berserta piala iringan manakala tempat ketiga pula membaw pulang piala iringan dan unit-unit ASG-Pendidikan bernilai RM3,000.

Johan pertandingan pidato pula menerima piala pusingan, piala iringan serta unit ASG-Pendidikan bernilai RM3,000.

Naib johan pula membawa pulang unit ASG-Pendidikan bernilai RM2,000 berserta piala iringan manakala tempat ketiga menerima piala iringan dan unit ASG-Pendidikan bernilai RM1,000.

Pemenang saguhati pula menerima piala iringan dan unit ASG-Pendidikan bernilai RM500.

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB merupakan program pendidikan pelaburan bersepadu yang dianjurkan sejak 2001 yang turut disasarkan kepada para penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan anggota badan-badan beruniform.

Majlis Penyampaian Hadiah Program Membaca Bestari pada 27 Jun 2011


NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca  yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.  Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. Sehubungan itu, satu program pembacaan bestari sepanjang cuti persekolahan yang telah lalu telah diadakan di mana semua warga murid SMKDPB telah diwajibkan meminjam buku di PSS SMKDPB dan melaksanakan program pembacaan tersebut. Seramai 50 murid yang memperolehi pembacaan tertinggi diberikan hadiah berupa buku sasterawan negara dan sijil, sebagai galakkan murid-murid suka membaca. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ayahanda Pengetua Tn.Hj.Hashim bin Mohd Dom bagi sebelah pagi dan Penolong Kanan En.Ariffin bin Bajuri bagi sesi petang.


Persembahan 350 Pelajar J-Robik SMKDPB Sempena Kembara Mahkota

 











20 Jun 2011: Seramai 350 pelajar sesi petang SMKDPB telah terpilih oleh jawatankuasa penganjur untuk bersama-sama membuat persembahan J-Robik sempena Program Kembara Mahkota 2011.

2 bas dengan setiap bas membuat 4 perjalanan digunakanuntuk membawa pelajar dari sekolah ke Padang Mini Pontian.
Secara keseluruhannya komitmen pelajar dan guru adalah sangat memuaskan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan walaupun perjalanan pulang ke sekolah sehingga jam 7.20 petang.

Laporan Festival Sains dan Teknologi Negeri Johor 2011


Teknik Ingat Pantas Bersama Mahasiswi UTM

20 Jun 2011: Satu program teknik mengingat secara pantas dijalankan kepada pelajar sesi petang anjuran Unit Kaunseling. Program yang bermula dari jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Seramai 75 pelajar terpilih mengikuti bengkel tersebut dan didapati daripada soal selidik pelajar yang dijalankan mereka mengucapkan terima kasih kepada sekolah kerana dapat mengaturkan satu program yang amat berguna kepada mereka.

Tahniah kepada pelajar kerana berjaya menghayati isi kandungan program yang dijalankan.

SMKDPB Gemilang Di Karnival Kimia Malaysia 2011 UTM

19 Jun 2011: Pasukan SMKDPB telah merangkul beberapa kejayaan dalam Karnival Kimia malaysia yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pihak sekolah merakamkam setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang dicapai dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

Berikut adalah nama-nama pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan:


KARNIVAL KIMIA MALAYSIA 2011

ACARA

NAMA PELAJAR
KEDUDUKAN

CHEMICAL GARDEN

AFIQAH BT AZHAR
NUR AFIQAH BT. MD. AZMI
SOH CHIN FEN


JOHAN

NUR HAZIRAH BT. KASSIM
NUR HAZWANI BT. MOHAMAD JURIMI
NURULAFIFAH BT ABU BAKAR


KETIGA

CHEMISTRY OLYMPIAD
(Dikehendaki  13 terbaik)

CHIA YI MENG
MUHAMMAD HANIF B AKMAL
TAN SHI ZHENG
TEH BEI YEE
SOH CHIN FEN
SEOW ZHEN JUN
EKA LATIFAH NADIA BT. DZULKARNAIN
NURUL ASRY B. MOKHTAR


PERTAMA
KE EMPAT
KE ENAM
KE TUJUH
KE LAPAN
KE SEMBILAN
KE SEPULUH
KE TIGA BELAS

Seminar Profesionalisme Perguruan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"













18 Jun 2011: Pengujian dan pengukuran adalah satu kaedah bagi membolehkan pihak sekolah membuat penilaian terhadap pencapaian murid serta keberkesanan P&P dan program-program yang dijalankan di sekolah selari dengan keperluan headcount. Menurut R.M Gange (The Conditions Of Learning), pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku berkaitan dengan aktiviti P&P. Ia merupakan kaedah pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam pelbagai bidang kognitif, psikomotor dan afektif. Pengukuran ialah suatu proses yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara, atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Pengujian dan pengukuran dapat memberi pihak sekolah suatu indikator pencapaian sama ada dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif untuk dianalisis. Dapatan dari analisis ini membantu sekolah membuat sesuatu keputusan dalam merancang program-program dan tindakan penambahbaikan.

Selamat Bertugas kembali ke SMK Dato'Penggawa Barat pada 13 Jun 2011

"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi"

"Setiap orang mempunyai keupayaan sebenarnya untuk melakukan apa yang saya telah lakukan dan lebih dari itu. Sesetengah daripada anda akan melakukannya dan sesetengah lagi tidak.Bagi yang tidak melakukannya, ianya disebabkan oleh anda sediri yang menghalangnya bukan kerana dunia yang tidak membenarkannya."

-Warren Buffet.


Selamat Bertugas Di Tempat Baru Pn. Suzana


27 Mei 2011: Hari ini merupakan hari terakhir Pn. Suzana Binti Salamon berkhidmat di SMKDPB.

Sepanjang beliau berkhidmat daripada 10 November 2008 banyak sumbangan-sumbangan beliau dalam membantu Panitia Sains mengukir kegemilangan dalam PMR.

Semoga dengan penghijrahan beliau ke SMK Sultan Ismail, Johor Bahru yang merupakan juga Sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan akan meningkatkan lagi keterampilan beliau dalam mendidik anak bangsa.