29 September 2019 - Sirih Pulang Ke Gagang, Ikan Pulang Ke Lubuk, dan Belut Pulang Ke Lumpur merupakan ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kehadiran semula Tn Hj Md Azmi bin Markam yang mula bertugas rasmi sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada hari ini. Perarakan oleh pelajar dan guru-guru SDAHA diketuai oleh Tn Hj Hamid bin Selamat (Pengetua SDAHA) dan disambut oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof (Pengetua SMKDPB).
Sebelum ini Tn Hj Md Azmi merupakan PK HEM SMKDPB sebelum dinaikkan pangkat PK Pentadbiran di SDAHA. Kini, beliau kembali ke SMKDPB sebagai PK Pentadbiran bagi menggantikan tempat Pn Rosliza binti Rahmat (mantan PK Pentadbiran) yang kini menjawat jawatan Pengetua di SMK Bukit Naning, Muar.
Tahniah tuan, selamat kembali.