MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34

23 Februari 2019 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 telah diadakan pada pagi ini di Dewan Seri Gemilang. Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform untuk ibu bapa dan penjaga bersama-sama para guru mencari solusi segala perkara berkaitan pendidikan dan kecemerlangan anak-anak.
Mesyuarat kali ini begitu istimewa kerana dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian, Menteri Besar Johor. Ibarat sirih pulang ke gagang kerana YAB Dato' Haji Osman merupakan pelajar SMKDPB pada tahun 1965-1967. Sebagai bekas pelajar (Alumni) YAB Dato' Haji Osman telah dihadiahkan sehelai tshirt oleh Pengerusi Alumni SMKDPB.

Pada ucapan perasmiannya YAB Dato" Haji Osman telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 ribu bagi membina sebuah dewan terbuka untuk kegunaan anak-anak pelajar. Sebelum pulang YAB Dato' Haji Osman sempat menanam sebatang Pokok Asam Gelugur sebagai tanda kenangan dan turut merasmikan Bilik Sarana PIBG. Terima kasih kepada YAB Dato Haji Osman dan juga para ibu bapa yang turut hadir dalam mesyuarat PIBG.