7- 8 Mac 2014 – Satu Seminar
Jurulatih Utama Inovasi Peringkat Negeri Johor Tahun 2014 telah diadakan di
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Johor (BTPNJ). Seminar ini dianjurkan oleh pihak JPNJ dengan kerjasama BTPNJ,
PPD Pontian dan SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Matlamat utama
seminar ini adalah untuk memberi pendedahan pengajaran dan pembelajaran
berinovatif kepada Jurulatih Utama (JU) Inovasi Negeri agar dapat melahirkan
seramai mungkin Guru Inovatif peringkat negeri Johor.
Seramai 80 orang peserta terlibat dengan seminar ini
yang diwakili 4 orang dari setiap daerah di negeri Johor. Selain itu, Daerah
Pontian yang bertindak sebagai penganjur bersama menghantar paling ramai
peserta iaitu 40 orang.
Tiga orang penceramah mengisi
slot ceramah yang diketuai oleh Dr. Mohd Kasim bin Basir ( Muar), En Roslan bin
Idris (Pontian) dan En Esa bin Dasim (Pontian). Segala inti pati inovasi telah
didedahkan kepada para peserta termasuklah cetusan idea, hak cipta harta
intelek dan teknik penulisan inovasi. Majlis penutupan rasmi disempurnakan
oleh Tn Hj Abd Jalil bin Satari,
Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNJ. Semoga para peserta dapat
manfaat atas segala ilmu yang diperoleh dan menyebarluaskan kepada guru-guru di
daerah masing-masing.
( BAGI PESERTA INOVASI YANG INGIN MENDAPATKAN GAMBAR SEMASA SEMINAR SILA KLIK DI SINI )