Dato' Nasir bin Safar selakukan YDP PIBG turut sama hadir bagi memberi motivasi khususnya kepada para pelajar SMK Dato' Penggawa Barat.
Hari Terbuka Sekolah 2013
Ceramah Kerjaya Juruterbang Anjuran Kelab Bimbingan Rakan Sebaya
27 Jun 2013 : Ceramah kerjaya telah disampaikan oleh Kapten Azrien Syahrizam bin Ahmad, Juruterbang MALINDO pada hari ini. Seramai 302 pelajar tingkatan 4, 6 Bawah dan 6 Atas aliran sains tulen telah hadir mendengar ceramah tersebut. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pulang kerjaya sebagai juruterbang antarabangsa.
PEMERIKSAAN KHAS SBT KOHORT 4 SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2013
25 Jun 2013 : Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah
menyenaraikan SMK Dato’ Penggawa Barat sebagai salah sebuah sekolah yang
tersenarai dalam pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi bagi Tahun 2013. Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Salah satu sub-NKRA tersebut ialah Sub-NKRA
Sekolah Berprestasi Tinggi.
Matlamat utama sub-NKRA ini ialah:
Matlamat utama sub-NKRA ini ialah:
- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik.
- Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
- Menghasilkan pelajar yang cemerlang.
- Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.
- Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Justeru, pada hari ini kumpulan Jemaah Nazir
Kebangsaan telah hadir ke SMK Dato’ Penggawa bagi menjalankan tugas verifikasi penilaian SBT. Semoga sekolah kita layak untuk dicadangkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Amin.
The 2nd ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APT JSO)
24 Jun 2013: Today, a new history of our school has been created. Members of SMKDPB should be proud of our school as a group of our students has succeeded in representing Malaysia to The 2nd ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APT JSO). They departed from the school to the airport at 11am. This entourage is led by Hj Abdul Kahar bin Ismail , and with him there are three Form 3 students. They are Fatin Nabilah Binti Roslaile, Lee Wen Yee, and Muhammad Syafiq bin Mohd Saib.
- Purpose
A.
Encourage and challenge gifted
science students to excel in the field of Science and Technology.
B.
Stimulate students’ intellectual
curiosity through various experiences and experiments.
C.
Foster friendship and networking
among gifted students in the APT region.
D.
Motivate students to pursue
careers in Science and Technology.
- Theme
- Date
24 June ~ 1 July 2013 (8 days)
- Venue
Busan, ROK
- Participants
A.
Each country must send two (2)
teams.
B.
Each team must consist of three
(3) students and one (1) teacher
i. Selected gifted and talented students should be aged between 13 to 15
years.
ii. Teachers should be educators of Science in their respective countries.
- Hosted by
ASEAN+3 Center for the Gifted in
Science (ACGS)
Korea Science Academy (KSA)
- Supported by
Ministry of
Education, Science and Technology, Korea
Korea
Foundation for the Advancement of Science and Creativity (KOFAC)
Society
of International Gifted in Science, Korea
ASEAN
Secretariat
- Website
1. Selection Criteria for Students
The programme will target top Science students from ASEAN.
To ensure that selected students benefit fully from their participation, the Science students should:
a. Between 13 and 15 years of age as on January of the contest year;
b. Have experience in science research or competitions;
c. Possess good oral proficiency in English;
d. Be academically able and is among the top 5% of their cohort; and,
e. Be willing to network with fellow students at the JSO.
2. Selection Criteria for Teachers
To ensure that the teachers benefit fully from their
participation, the Science teachers should be:
a. Educators or senior personnel in Science in a school or
another educational
institution;
institution;
b. Proficient in English;
c. Able to share their learning points and experiences to other
Science
Teachers; and,
d. Able to implement teaching ideas or strategies in school.
Ø PROGRAMME
- Student Programme
A.
Part 1 - Lectures and Teaching
Laboratory Skills
B.
Part 2 - Laboratory Skills
Assessments (40%)
§ Size of Team:
Three (3) students in one (1)
team; made up of students from the same country
§ Awards: Gold, Silver & Bronze Medals
§ Assessed by teachers from ASEAN+3 nations
C.
Part 3 - Presentation of Field
Projects (60%)
§ Size of Team
Six (6) students in two (2) two
teams; made up of students from the same country
§ Awards: Gold, Silver & Bronze Medals
§ Assessed by teachers from ASEAN+3 nations
D.
Overall – Three (3) trophies
§ 1 Gold, 1 Silver and 1 Bronze
§ Certificates for all Participants
- Teacher Programme
A.
Purpose: Build capacities of
Science Educators
B.
Themes
§ Poster presentations:
§ Presentations:
C.
Poster Size: 70 cm (W) x 100 cm
(H)
● Transportation
information
We will provide you with
transportation from Busan International Airport to Kroea Science Academy
PENGUMUMAN PENTING
Asalamualaikum dan Selamat sejahtera, berikutan jerebu yang teruk melanda Daerah Pontian, Majlis Tindakan Negara melalui Pejabat Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, telah memutuskan agar semua sekolah bagi Daerah Pontian, DIARAH MENGAMBIL CUTI BERGANTI , pada hari Jumaat, 21 Jun 2013, harap maklum.
KURSUS PEMANTAPAN GURU BAHARU DAERAH PONTIAN 2013
Bertempat di Felda Residence Tanjung Leman Mersing, satu Kursus Pemantapan Guru Baharu Daerah Pontian telah diadakan bermula 18 Jun sehingga 20 Jun. Seramai 46 orang guru baharu iaitu guru yang mula mendapat penempatan bermula 2010 telah terpilih untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak PPD termasuklah 3 orang guru SMKDPB iaitu Puan Ummu Atikah Miskam, Puan Julimah Tukimin dan Puan Fadhlunnisak Hanaffi.
Kursus 3 hari 2 malam ini telah dipenuhi dengan jadual yang padat dengan ilmu pengetahuan yang harus diterapkan oleh guru-guru baharu seperti kami. Bermula dengan sesi Ice Breaking oleh Tn Hj Md Ali bin Abdullah, diikuti sesi 2 Etika Perguruan oleh En Md Roslan bin Marjan, Sesi 3 Etiket dan Protokol oleh En Nazarali bin Ali, sesi 4 PPPM dan Halatuju Pendidikan Masa Kini oleh En Hasan bin Abd Rashid daripada PPD Mersing, dan seterusnya Sesi LDK yang dipantau dan dibantu oleh semua fasilitator.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Msduki bin Hj Shahri sendiri yang sudi meluangkan masa untuk kami guru baharu Daerah Pontian. Diharap kursus ini dapat meninggalkan impak yang besar kepada kami guru baharu SMKDPB dalam merealisasikan harapan sekolah untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PPD Pontian kerana menganjurkan kursus yang pastinya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kami guru baharu Daerah Pontian.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Puan Fadhlunnisak Hanaffi
Majlis Penyampaian Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua Tahun 2012, Bidang Keberhasikan Utama Negara (NKRA) Pendidkan.
Penerimaan Sijil Anugerah Tawaran Baru Pengetua Bidang Keberhasilan Utama Negara |
Pelaksanaan Tawaran
Baru kepada Pengetua merupakan pengiktirafan
kerajaan Malaysia terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab pemimpin
sekolah dalam membangunkan modal insan kelas pertama melalui pencapaian murid
sekolah. Kerajaan berharap dengan menyediakan ganjaran yang menarik ini,
pemimpin sekolah akan sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan prestasi
mereka.
Bersama Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia |
Tawaran Baru kepada
Pengetua telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 ke
atas semua Pengetua yang telah berada di sesebuah
sekolah yang dinilai sekurang-kurangnya bagi tempoh enam (6) bulan. Prestasi
Pengetua atau Guru Besar diukur berdasarkan kombinasi skor Gred
Purata Sekolah (GPS) peperiksaan awam dan skor PKS-SKPM 2003. Menerusi Tawaran
Baru Kepada Pengetua, pencapaian prestasi Pengetua diukur berdasarkan dua (2)
kategori iaitu ;
I)
Sekolah yang melepasi sasaran 88.00 peratus Skor Komposit (SK) dan ke
atas, atau
II) Melonjak
kedudukan (ranking) sekolah berbanding kedudukan tahun sebelumnya.
Di bawah kategori
melonjak kedudukan (ranking), dua (2) pencalonan sekolah yang layak
ditentusahkan (verifikasi) iaitu Lonjakan Perdana (LP) dan Enrolmen Besar (EB).
Bagi kategori LP sekolah perlu melonjak sekurang-kurangnya 300 kedudukan
berbanding tahun sebelumnya. Manakala bagi kategori EB yang mempunyai
enrolmen 1500 dan ke atas, sekolah perlu melonjak sekurang-kurangnya 200
kedudukan berbanding tahun sebelumnya.
Senarai sekolah
disenarai pendek oleh Pejabat Pelaksanaan Pengurusan [Delivery Management
Office(DMO)], Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) layak ditentusahkan atau
diverifikasi oleh JNJK. JNJK akan melaksanakan pemeriksaan ke atas
sekolah-sekolah yang layak dicalonkan bagi menentusahkan skor PKS-SKPM
masing-masing.
![]() |
Barisan penerima Tawaran Baru Pengetua Tuan Haji Hashim kedudukan No.7 dari kerusi sebelah kanan barisan pertama |
Selepas pemeriksaan
oleh JNJK serta tapisan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan
Bahagian Audit Sekolah (BAS), Jawatankuasa Induk Bayaran Insentif Tawaran Baru
(BITB) akan menentukan kedudukan sebenar sekolah untuk dipertimbang dan
diperakubagi menerima BITB. Di samping itu, Pengetua juga perlu mematuhi syarat-syarat
tambahan berikut:
a) Markah
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pada tahun dinilai berada atau melebihi
90.00 peratus;
b) Bebas
daripada tindakan tatatertib pada tahun dinilai; dan
c) Tiada
laporan audit berteguran pada tahun dinilai
Pemeriksaan ini
adalah penting untuk menentusahkan skor PKS-SKPM tahun dinilai bagi
membantu DMO memilih Pengetua yang layak menerima ganjaran BITB tahun dinilai. Sekolah-sekolah
yang berada pada zon kelayakan akan dikunjungi oleh JNJK bagi tujuan penentusahan
dalam pemeriksaan yang dinamakan Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua.
Menerusi pemeriksaan
ini JNJK akan hadir selama seharian di sekolah bagi maksud menentusahkan skor
Penarafan Kendiri Sekolah menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(PKS-SKPM) 2003. Kaedah Penentusahan yang akan dilaksanakan merangkumi
pemeriksaan terhadap aspek semakan dokumen sekolah, pencerapan pengajaran dan
pembelajaran, pemerhatian dan temu bual. Bagi tujuan ini empat instrumen akan
digunakan iaitu;
a) Instrumen
Pemastian Standard SKPM-Sekolah;
b) Instrumen
Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua;
c) Instrumen
Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua Tahun - Sekolah Berprestasi
Tinggi; dan
d) Standard
4: Pembelajaran dan Pengajaran
Pencerapan
pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang sangat penting dan merupakan
syarat wajib khususnya pencerapan terhadap pengetua. JNJK juga boleh memantau
penolong-penolong kanan dan guru-guru mengikut opsyen JNJK yang hadir.
Pengenalan Tawaran baru Pengetua merupakan pengiktirafan kepada Pengetua dan
Guru Besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah. Syabas dan
tahniah kepada seluruh warga SMK Dato' Penggawa Barat.
KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
![]() |
SMKDPB Marine Troop |
14 – 16 Jun 2013 Perkhemahan
Pendidikan Marin Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2013 telah diadakan di
Pulau Tinggi, Mersing, Johor. Seramai 72 orang peserta dari seluruh Malaysia
telah menyertainya. Saya, Muhammad Idzham bin Hamdan dan Yaqzan bin Zaidi telah
dipilih menyertai peserta pengakap laut dari seluruh Malaysia.
Kami
tiba di Jeti Tanjung Leman pada awal pagi Jumaat 14 Jun 2013 dan seterusnya
menaiki feri yang sedia menunggu ke
Pulau Tinggi. Ketibaan kami disambut oleh En Zakaria - Ketua Jabatan Taman Laut
Johor. Selepas sesi penerangan dan mendirikan khemah maka kami berehat seketika
sambil menikmati keindahan Pulau Tinggi. Pada waktu petang, kami melakukan
aktiviti ‘water confidence’ sebagai persediaan untuk snorkel. Pada waktu malam
kami didedahkan dengan hidupan di laut.
Hari
Kedua – Kami melakukan istiadat ‘Colors’. Selepas itu melakukan Jungle Trekking
dan menanam bakau. Aktiviti ini
melayakkan kami mendapat lencana ‘ Ekologi Marin’. Seterusnya kami ke Pulau
Metinggi untuk aktiviti Snorkle. Kami juga mengkaji punca-punca kepupusan penyu
dan membuat sesi pembentangan pada sebelah petangnya. Pada pukul 6.00 petang
istiadat ‘Sunset’ telah diadakan. Pada waktu malamnya kami mengadakan
persembahan malam kebudayaan.
Hari
Terakhir – Majlis penutupan rasmi telah diadakan pada pagi ini. Kami
dianugerahkan sijil dan lencana kepandaian oleh Ketua Persatuan Pengakap
Malaysia. Selepas selesai berkemas maka
kami pun bertolak pulang ke Jeti Tanjung Leman. Sesungguhnya pengalaman ini
sukar ditemui dan kami bersyukur kerana kami terpilih untuk menikmati
pengalaman ini dan menimba ilmu berkaitan marin.
Salam Pengakap!
18th May 2013: Winners of Madsen 1st Junior Age Group (14&U) Tennis Tournament 2013
We are pleased to say
thank you to each of you who have participated in our tournament last
weekend and thanks to our participant’s supporting parents and coaches.
We appreciate you for taking the time and effort to be here.
We also would like thank the supporting parents and coaches for your participation and the sharing your ideas and expertise.
We
certainly hope that the tournament has been all that you expected it to
be and that you have taken the opportunity to make new friends and
renew old acquaintances and to have discussion and exchange of many
tennis experiences suggestions and opinions.
We thank you. This
tournament would not have been a success without you and we are looking
forward to seeing you again in our future events.
Christen Madsen
Tournament Director
Madsen 1st Junior Age Group
Tennis Tournament 2013
Madsen Open
![]() |
Madsen 1st Age Group Tennis Tournament 2013
|
![]() |
Madsen 1st Age Group Tennis Tournament 2013
|
SMKDPB MENJUARAI PERTANDINGAN KUIZ ILMU WAHYU PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013
SMKDPB
telah menghantar 4 orang wakil yang kesemuanya dari tingkatan 5AK. 3 orang
peserta menyertari acara Kuiz Ilmu Wahyu (Menengah Atas) telah menjadi JUARA
pertandingan tersebut. Mereka ialah saudari Nur Auni Binti Mohamad Jurimi, Nur
Syahmina Binti Mohidin dan Nur Adlina Binti Md. Azmi manakala seorang lagi peserta
menyertai acara Qiraat Saba’ah Bittrannum (Menengah Atas) iaitu Nur Zaimah
Binti Zainal telah memenangi tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada semua yang
terlibat!
LADAP KALI KE-4
15 Jun – Latihan Dalam
Perkhidmatan Kali Ke-4 telah diadakan pada pagi ini. LADAP kali ini dibahagikan
kepada dua slot iaitu Bengkel FROG VLE dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Para
peserta yang terdiri daripada guru-guru SMKDPB telah didedahkan kepada cara
mengaktifkan Frog VLE dan seterusnya membina laman web berasaskan Frog VLE.
Guru-guru juga diharapkan menggunakan medium ini sebagai perantara untuk
berinteraksi dengan para pelajar dan guru-guru dari sekolah-sekolah lain.
Sesi
kedua diteruskan dengan pengenalan kepada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek
Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data
maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan
pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data
aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information
System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated
Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil
kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
Kursus pada kali dikendalikan
oleh En Mohd Shahpri bin Mohd Yusof dan En Mohd Khidhir bin Ibrahim. Semoga
guru-guru mendapat manfaat yang berguna.
Pelancaran Bulan Membaca, Bulan Bahasa, Bulan Teknik & Vokasional, Hari Koperasi dan Bulan Pelaburan Bijak PNB 2013
17 Jun 2013 : Majlis Pelancaran Bulan Membaca, Bulan Bahasa, Bulan Teknik &
Vokasional, Hari Koperasi dan Bulan Pelaburan Bijak PNB 2013 telah disempurnakan dengan jayanya pada hari ini. Majlis pelancaran telah bermula mulai jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 7.50 pagi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penghayatan dan motivasi pelajar terhadap amalan membaca, cintai bahasa, hayati ilmu teknik dan vokasional serta menjiwai amalan pelaburan sebagai salah satu amalan seharian.
Vokasional, Hari Koperasi dan Bulan Pelaburan Bijak PNB 2013 telah disempurnakan dengan jayanya pada hari ini. Majlis pelancaran telah bermula mulai jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 7.50 pagi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penghayatan dan motivasi pelajar terhadap amalan membaca, cintai bahasa, hayati ilmu teknik dan vokasional serta menjiwai amalan pelaburan sebagai salah satu amalan seharian.
Third Place : SMKDPB English Debate Competition Johor 2013
14 Jun 2013: SMKDPB English Debate Team have improved from last year's fourth place to grab the third place in this year's competition. Hosted by the Pasir Gudang PPD, the competition was held from 11 to 13 June 2013 in SK Taman Megah Ria.
In the Quarter Finals, our charismatic debaters successfully beat the odds by beating SM Convent Kluang. However, their progress was halted by the eventual winners SM Sultan Ismail, Johor Bahru.
Nevertheless, kudos to SMKDPB English Debaters for such groundbreaking feat! Let's pray that 2014 would herald another landmark achievement by us in reaching the finals.
To the Fifth Former Debaters, all the best in your post-school undertakings!
In the Quarter Finals, our charismatic debaters successfully beat the odds by beating SM Convent Kluang. However, their progress was halted by the eventual winners SM Sultan Ismail, Johor Bahru.
Nevertheless, kudos to SMKDPB English Debaters for such groundbreaking feat! Let's pray that 2014 would herald another landmark achievement by us in reaching the finals.
To the Fifth Former Debaters, all the best in your post-school undertakings!
Setinggi-tinggi Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas kurniaanNya kita telah mendapat "New Deal" 2012.
13 Jun 2013: Syabas dan Tahniah kepada warga SMKDPB kerana telah mendapat ' New Deal 2012' . Setinggi -tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t yang telah menganugerah sekolah kita mendapat tawaran baru tersebut. Semoga kejayaan ini akan memberi suntikan motivasi kegemilangan yang lebih padu untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi lagi di masa hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)