1 Nov – Jamuan Akhir Tahun dan
Doa Restu pelajar Tingkatan 5 diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pagi ini.
Majlis ini dimulakan dengan jamuan dan seterusnya memohon doa restu daripada
guru-guru.
Majlis yang
gilang-gemilang ini disempurnakan oleh En Mohd Shahpri bin Mohd Yusof (Penolong
Kanan). Dalam ucapannya En Mohd Shahpri meminta agar pelajar-pelajar Tingkatan
5 membuktikan transformasi nilai berganda dapat direalisasikan sekali lagi pada
tahun ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 5 yang mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang kurikulum dan
kokurikulum sehingga ke pentas antarabangsa sepanjang berada di SMKDPB.
Didoakan
semoga pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula pada hari Isnin, 5 November ini akan berjaya
dengan ‘Perfect Score’. Anda boleh! Ayuh buktikannya!.