15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada
petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan
5 dan Tingkatan 6 serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru.
Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini
ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih
dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk
kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan
memanfaatkan kelebihan 10 malam terakhir.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih
kepada semua pihak yang menjayakan program ini.