19 Julai – Sambutan Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMK Dato’ Penggawa Barat telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Sambutan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Md. Haron bin Rahim CEO Hasil Persada Sdn. Bhd. Beliau turut menyempurnakan majlis penutupan rasmi yang diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pukul 2.00 petang.
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya gerai jualan, permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’, perkhemahan, kawad kaki, ‘explorace’ dan sebagainya. Antara objektif Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi diadakan adalah memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan, mengembangkan minat dan bakat dalam aktiviti kokurikulum, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan menjadi ahli yang bertanggungjawab, membina kecerdasan mental dan kecergasan fizikal dan meningkatkan motivasi diri. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMKDPB.
Hari Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan dengan pelbagai acara menarik telah disediakan. Antaranya adalah jualan pelbagai jenis makanan oleh
pelajar melalui gerai-gerai khas yang telah dibuka pada hari tersebut. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang. Walaupun hampir semua peserta gerai berada dalam keletihan , namun senyum masih terukir di bibir mereka.
Semangat yang ditunjukkan ini amatlah positif dan dana yang dikumpulkan ini adalah untuk membantu program-program kelab diadakan tanpa bergantung kepada peruntukan yang terhad yang disdiakan oleh pihak sekolah. Sejumlah 30 peserta perkhemahan, 20 gerai jualan serta 20 aktiviti permainan, pertandingan dan demontrasi telah diadakan pada hari tersebut.