Seramai 300 orang pelajar Tingkatan 3 telah mengikuti "EASY MATHS CAMP 2011" bertempat di Dewan Seri Gemilang pada 17 September hingga 18 September 2011.
kaedah yang logik dan tepat |
Di antara objektif kem tersebut adalah untuk memberi kemahiran cara penyelesaian paling mudah bagi subjek Matematik PMR menggunakan teknik "Easy Maths". Kem tersebut dikendalikan oleh EASY MATHS CENTRE, 30-D, Aras 2, Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi, Johor (Tel 012-5720476/012-5136435/109-5696626) dengan kerjasama Panitia Matematik SMKDPB di bawah Program Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Penceramah kem tersebut adalah En Murad bin Ismail (Guru Cemerlang Matematik dan Guru Inovatif Peringkat Negeri Johor ).
Rata-rata pelajar begitu seronok mengikuti program berkenaan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas usaha pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan matematik PMR 2011.
Tahniah kepada Panitia Matematik kerana telah berjaya dalam mengendalikan program ini.
Kaedah yang menarik dan berkesan |
Penggunaan jari lebih cepat dari mesin kira |