PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK DALAM NORMA BAHARU PENDIDIKAN
|
|
|
|
|
|
PERKONGSIAN AMALAN BAIK DALAM NORMA BAHARU PENDIDIKAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejabat Pendidikan Daerah Pontian akan mengadakan siri perkongsian amalan baik pendidikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan oleh sekolah-sekolah daerah Pontian.
Tuan/puan adalah dijemput menghebahkan sesi perkongsian ini. Terima kasih.
Siri 1
Tarikh : 3 Jun 2020 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi – 11:00 pagi
Tajuk : Overview Amalan Baik PdP semasa PKP Sekolah-sekolah Daerah Pontian
Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof
Pengetua
SMK Dato' Penggawa Barat
Tempat : Youtube Pejabat Pendidikan Daerah Pontian
Kami menjemput seluruh warga Malaysia untuk bersama kami.
Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE DAN SHARE.
PERTANDINGAN UCAPAN HARI GURU - PENGAKAP SMKDPB
21 MEI 2020 - Alhamdulillah, pertandingan Ucapan Hari Guru telah selesai. Pertandingan yang dijalankan secara maya melalui hantaran video ucapan.Peserta telah menerima hadiah berupa sijil pencapaian, wang tunai, kuih raya dan cenderamata pengakap. (Sumbangan Pengakap ).
Hadiah telah disampaikan semalam ke rumah murid-murid oleh Cikgu Anuar dan Cikgu Suhizulhisam.
KUIZ PENGAKAP PKP#2020
14 Mei 2020- Kuiz Pengakap PKP#20 telah berlangsung pada 10-14 Mei 2020. Wakil murid SMKDPB iaitu adik Danial Iman Hanif Suhizulhisam telah menjadi Johan di peringkat daerah dan mewakili daerah ke peringat negeri. Dalam pertandingan di peringkat negeri adik Danial Iman Hanif telah mendapat tempat Ketiga. Tahniah diucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)













