PerKISS-
13 Julai 2019 – Kelab Kitar Semula
SDPB telah menjual hampir 700 kilogram sisa buangan yang berjaya dikumpulkan
oleh warga SDPB. Guru-guru dan para pelajar telah menyahut seruan untuk sama-sama
memelihara alam sekitar. Kelab KItar
Semula SDPB menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah
Peringkat Kebangsaan (PerKISS) yang merupakan antara program kerjasama bersama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PerKISS yang julung kalinya telah
diadakan bermula pada tahun 2014 hingga kini merupakan inisiatif SWCorp untuk
memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang telah melaksanakan aktiviti
kitar semula dengan cemerlang di peringkat sekolah masing-masing.
Menerusi pertandingan ini, amalan 3R yang dipelajari secara teori di peringkat sekolah dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sekali gus dapat melahirkan pelajar yang kritis, kreatif, inovatif dan berdaya saing setanding dengan perkembangan minda para pelajar di negara maju.
Menerusi pertandingan ini, amalan 3R yang dipelajari secara teori di peringkat sekolah dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sekali gus dapat melahirkan pelajar yang kritis, kreatif, inovatif dan berdaya saing setanding dengan perkembangan minda para pelajar di negara maju.
|
|
|
|
|
|
JOM JADI REMAJA BERAKHLAK MULIA
11 Julai 2017 – Program Jom Jadi Remaja Berakhlak Mulia telah diadakan pada hari ini. Program bertujuan membentuk para pelajar menjadi seorang insan yang sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Program ini dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan masyarakat dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.
AGOONOREE KEBANGSAAN TERENGGANU KALI KE-3
1-4 Julai 2019 – Bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad
Ismail, Kuala Nerus, Terengganu peserta
pengakap Pendidikan Khas bersama-sama Cikgu Mohd Ehsan telah menyertai
Agoonoree Kebangsaan Terengganu Kali Ke-3.
Pelbagai aktiviti yang sesuai dengan pelajar pendidikan khas telah
diadakan bertujuan membentuk keyakinan diri dalam menghadapi kehidupan
bersama-sama insan normal.
Ahli-ahli pengakap SMKDPB ini telah membantu kontinjen Johor
untuk menjadi Naib Johan Kraf Perkhemahan Terbaik. Syabas dan tahniah
diucapkan.
|
|
|
PIDATO KHALIFAH JUNIOR PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
29-30 Jun 2019 – Pertandingan Pidato
Khalifah Junior Peringkat Kebangsaan telah diadakan di ILIM, Bangi, Selangor.
Peserta SMKDPB iaitu adik Halimatul Saadiah binti Pairit yang mewakili negeri
Johor telah mendapat tempat ketiga. Hadiah
disampaikan oleh Dato’ Seri Dr Wan
Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah diucapkan.
|
|
|
HARI PELAPORAN 2019
30 Jun 2019 – Hari Pelaporan
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah diadakan pada hari ini. Semua ibu bapa hadir untuk membincangkan prestasi akademik
serta Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) anak-aNak pelajar SMKDPB. Kehadiran ibu
bapa amat memberangsangkan. Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30
tengah hari membolehkan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian akademik
anak-anak. Bagi pelajar tingkatan 5, program ini diadakan di Dewan Seri
Gemilang. Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah memberi
ucapan dan memaparkan TOV, AR2 dan ETR
pelajar SPM 2019. Program-program pemantapan akademik juga dipaparkan bagi
memberi maklum kepada ibu bapa penjaga. Semoga komitmen semua pihak akan
membuahkan hasil dalam keputusan SPM 2019.
ZIARAH MARHABAN KEBIRU 2019
29 Jun 2019 - Program Ziarah Marhaban warga SMKDPB bersama ahli keluarga telah diadakan pada hari ini. Sebanyak 5 buah rumah warga guru telah diziarahi oleh rombongan marhaban KEBIRU. Antara rumah yang diziarahi ialah rumah Cikgu Siti Aznum, Cikgu Hafzanisa, Cikgu Ismail, Cikgu Azman dan Cikgu Mohd Shaphri. Semoga ukhwah terjalin dan mengeratkan tali silaturahim sesama warga SDPB.
MAJLIS PERPISAHAN EN MOHD HAMZAH BIN HASSAN
27 Jun 2019 - Majlis perpisahan En Mohd Hamzah bin Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum telah diadakan pada hari ini. En Mohd Hamzah telah dinaikkan pangkat menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Perhentian. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai PPD iaitu En Mahadi. Tahniah diucapkan dan terima kasih selama menabur bakti di bumi SDPB Menjuarai!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019
27 Jun 2019 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriahnya. Sambutan kali ini turut disertai oleh wakil PIBG dan juga komuniti setempat. Seluruh warga SDPB meraikannya termasuklah pelajar Cina dan India yang turut sama memakai persalinan baju Melayu dan baju kurung. Semoga ikatan perpaduan warga SDPB bertambah erat.
Subscribe to:
Posts (Atom)







































