MAJLIS KHATAM AL-QURAN, TAHLIL PERDANA DAN SUMBANGAN AIDILFITRI 2019
22 Mei 2019 - Majlsi Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana & Sumbangan Aidilfitri telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB pada hari ini. Program tahunan ini dimulakan seawal jam 1.20 petang dengan Solat Zuhur berjemaah dan diakhiri dengan agihan bubur lambuk kepada warga SMKDPB.
Program ini turut mendapat tajaan Alumni SMKDPB. Wakil Alumni turut bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada para pelajar. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan dan menjayakan program ini.
KEMUNCAK HARI GURU 2019
16 Mei 2019 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini mencapai kemuncaknya pada hari ini. Sambutan sederhana diadakan pada peringkat sekolah memandangkan sambutan pra Hari Guru telah diadakan pada 30 April yang lalu. Sambutan dimulakan dengan membaca Perutusan Hari Guru 2019 oleh Menteri Pendidikan yang dibaca oleh Tuan Pengetua, En Mohd Shapri bin Mohd Yusof manakala Perutusan Hari Guru 2019 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dibaca oleh Pn Rosliza binti Rahmat. Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Guru yang diketuai oleh En Mohd Ehsan bin Mohamed Saad, Pengerusi KEBIRU SMKDPB. Seterusnya bacaan Yasin & Tahlil serta Doa Selamat diadakan bagi memohon kesejahteraan warga guru sekalian.
MAJLIS IFTAR RAMADAN & KHATAM AL-QURAN ASRAMA 2019
15 Mei 2019 - Majlis Iftar Ramadan dan Khatam Al-Quran Peringkat Asrama SMKDPB telah diadakan pada hari ini. Program tahunan ini dimulakn dengan Khatam Al-Quran, Bacaan Yasin & Tahlil dan diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar asrama. Program ini turut dihadiri oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof (Pengetua),En Mohd Rahmat (Pengerusi PEWARIS), Tn Hj Md Roslan bin Marjan (PPD) En Nazarali bin Ali (PPD) dan guru-guru pentadbir sekolah, pembimbing SisKA, PIBG. Terima kasih juga diucapkan kepada PPD,PEWARIS dan ALUMNI yang membantu menjayakan majlis ini.
PROGRAM TADARUS AL-QURAN
7 Mei 2019 - Program Tadarus Al-Quran kali ini diteruskan dengan melibatkan semua warga SDPB Menjuarai. Program dimulakan pada pukul 1.20 petang dengan solat Zuhur berjemaah dan diikuti tadarus. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Sesungguhnya banyak amalan mulia yang boleh dilakukan di bulan yang mulia ini.
MAJLIS PERSARAAN CIKGU ZAHARI BIN MANAN
2 Mei 2019 - Majlis Persaraan Cikgu Zahari bin Manan telah diadakan pada hari ini. Bertemakan SEUNTAI KASIH, SELAUT RINDU, SEJAMBAK BUDI, SEIKHLAS JASA majlis berlangsung dengan jayanya. beliau telah berkhidmat selama 38 tahun dalam dunia pendidikan dan SMKDPB merupakan sekolah terakhir beliau mengajar. Terima kasih Cikgu Zahari
HARI GURU 2019
30 April 2019- hari Guru pada tahun ini disambut lebih awal iaitu pada hari ini. Bertemakan Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. pelbagai akiviti diadakan termasukalah permainan dalaman , bola tampar dan gubahan. Selain itu persembahan juga diadakan oleh para pelajar bagi menghormati jasa guru. terima Kasih, Cikgu!
|
|
|
|
|
|
Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 2019
28-30 April 2019 - Perkhemahan Kadet
Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 2019 yang berlangsung di Wetland Kampung
Belukar Durian, Sedili Kechil telah
disertai oleh adik Nurul Shahidatun Najwa binti Idrus dan adik Aini Sofia binti
Sulekan. Dalam pertandingan yang disertai adik Nurul Shahidatun Najwa mendapat Anugerah
emas dan tempat ketiga pertandingan gerak waja sementara adik Aini Sofia Binti Sulekan mendapat tempat ketiga pertandingan gerak waja. Syabas
dan tahniah diucapkan.
MAJLIS PELANCARAN MY GREEN TEAM PERINGKAT KEBANGSAAN.
29 April 2019- Majlis Pelancaran My Green Team peringkat kebangsaan telah diadakan pada hari ini di SMK Dato' Penggawa Barat. Program ini adalah penjenamaan semula kelab pertanian sekolah. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Haji Salahuddin bin Hj Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk makluman YB Dato' Haji Salahuddin juga merupakan alumni SMKDPB.
KLIK VIDEO
Subscribe to:
Posts (Atom)



























