HARI GURU 2019


30 April 2019- hari Guru pada tahun ini disambut lebih awal iaitu pada hari ini. Bertemakan Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. pelbagai akiviti diadakan termasukalah permainan dalaman , bola tampar dan gubahan. Selain itu persembahan juga diadakan oleh para pelajar bagi menghormati jasa guru. terima Kasih, Cikgu!











Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 2019


28-30 April 2019 - Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 2019 yang berlangsung di Wetland Kampung Belukar Durian, Sedili Kechil  telah disertai oleh adik Nurul Shahidatun Najwa binti Idrus dan adik Aini Sofia binti Sulekan. Dalam pertandingan yang disertai adik Nurul Shahidatun Najwa mendapat Anugerah emas dan tempat ketiga pertandingan gerak waja sementara adik  Aini Sofia Binti Sulekan mendapat  tempat ketiga pertandingan gerak waja. Syabas dan tahniah diucapkan.

MAJLIS PELANCARAN MY GREEN TEAM PERINGKAT KEBANGSAAN.



29 April 2019- Majlis Pelancaran My Green Team peringkat kebangsaan telah diadakan pada hari ini di SMK Dato' Penggawa Barat. Program ini adalah penjenamaan semula kelab pertanian sekolah. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Haji Salahuddin bin Hj Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk makluman YB Dato' Haji Salahuddin juga merupakan alumni SMKDPB.









KLIK VIDEO

JOHAN TULISAN KHAT (P.KHAS)

28 April 2019 - Adik Zulhairi dari Pendidikan Khas telah menjadi Johan dalam pertandingan Khat Jawi Terbuka sempena MTAQ Pendidikan Khas  Peringkat Daerah pontian. Pertandingan ini diadakan di SK Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontian. Tahniah diucapkan.

BENGKEL VIDEO SBT 2019

27-29 April 2019- Bengkel pembinaan video dan jalan cerita telah diadakan di Kem Bina Negara, Sepang, Selangor. SMKDPB telah menghantar 2 orang peserta bagi mengikuti program tersebut. Peserta akan menyertai pertandingan video yang akan diadakan pada bulan Jun nanti.






KEJOHANAN CATUR MSSD 2019

25 April 2019- Kejohanan Catur MSSD kali ini menyaksikan adik Lee Yi Fong Johan kategori Perempuan 15. Selain itu beberapa orang pelajar lagi turut mendapat tempat kelima hingga kelapan. tahniah diucapkan.

JOM MEMBACA 10 MINIT


23 April 2019- Program membaca 10 minit pada hari ini dilaksanakan tepat jam 11.00 pagi di kelas masing-masing. Program ini adalah program semarak membaca dengan mengajak Bangsa Johor Jom Membaca. Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan.






JSLC

21 April 2019 - Tahniah diucapkan kepada adik Jolyn Tan yang telah dipilih menganggotai JSLC (Ahli Majlis Pemimpin Muda Johor) Kohort 10. Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat dalam memastikan kemenjadian pelajar SMKDPB. Sekiranya tiada ada halangan Jolyn Tan akan berada di Bavaria, Jerman pada November nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan Jolyn Tan.








Jolyn menerima watikah lantikan JSLC

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN REKA CIPTA PENGAKAP WANITA 2019

21 April 2019 - Pasukan Pengakap Wanita SMKDPB yang menyertai Perkhemahan Pengakap Wanita di Terengganu telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan reka Cipta Botol Terbuang. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini di peringkat kebangsaan.




JOHAN KESELURUHAN MEMANAH DAERAH PONTIAN 2019

18-19 April 2019 - Kejohanan memanah Daerah Pontian telah diadakan di SK Bandar Pontain. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini membawa khabar gembira buat SMKDPB apabila dipilih sebagai Johan Keseluruhan 2019. Dalam 18 kategori yang disertai pasukan memanah SMKDPB telah mendapat 10 Emas, 7 Perak dan 4 Gangsa. Tahniah diucapkan.