KURSUS PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA


23 Mac 2013 – Pasukan Pengakap Laut SMKDPB telah menyertai Kursus Pra Pentarafan Pengakap Raja Daerah Pontian yang diadakan pada hari ini bertempat di PKG Bandar Pontian. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melengkapkan pengakap muda dan pengakap remaja dengan ilmu yang berkaitan untuk melayakkan peserta menjalani ujian Pengakap Raja. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh Azhar bin Noor Rahman iaitu Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian.
                Peserta sekolah terdiri daripada Mohamad Haikal Farish bin Faizal, Muhammad Nur Fadhliudin bin Jamaludin, Mohamad Ubaid bin Mohsin, Muhammad Asrul Haziq bin Anuar, Muhammad Syahir bin Mohd Azhar, Muhammad Safiuddin bin Sukiat dan Mohd Nashruddin bin Mohd Shah. Peserta diiringi Cikgu Anuar bin Salleh. Semoga para peserta yang menyertai kursus ini dapat menyebarkan maklumat berkaitan kepada rakan pengakap yang lain.


Tahniah & Syabas 'SDPB Menjuarai' dinobatkan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kawalan SPM 2012 dan Anugerah Sekolah Cemerlang Anjakan Saujana SPM 2012.

21 Mac 2013 : Tahniah & Syabas di atas kejayaan sekolah kita mendapat kedudukan Ke-3 sekolah kawalan, kedudukan ke-7 daripada 247 sekolah menengah negeri Johor dan pengecilan GPS daripada 1.96 tahun 2011 kepada 1.81 tahun 2012 bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012. Tahniah & syabas juga diucapkan kepada 41 calon SPM 2012 yang telah mendapat 'perfect score' A. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKDPB kerana telah dinobatkan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kawalan SPM 2012 dan Anugerah Sekolah Cemerlang Anjakan Saujana SPM 2012.

Latihan Kawad Kebakaran, 2013

20 Mac 2013 : SMK Dato' Penggawa Barat telah menganjurkan latihan pencegahan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba  Pontian pada tengah hari Selasa 19 Mac 2013. Seluruh warga sekolah, guru, staf dan pelajar bersama-sama menyertai latihan ini.

Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara-cara menangani kejadian tersebut dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri tatkala kejadian. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan oleh pegawai Bomba yang terlibat bagi pendedahan dan pengalaman secara terus kepada semua yang mengikuti latihan tersebut. Pihak Bomba juga telah menunjukkan cara-cara menyelamat mangsa kebakaran.
Rata rata kesemua yang hadir telah menunjukkan kepekaan dan keprihatinan dan merasakan pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berguna bukan sahaja semasa di sekolah malah di hari mendatang juga.
Pihak sekolah mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Bomba Pontian kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pihak sekolah.

 

KERJAYA DI LAUTAN


18 Mac – Satu ceramah bertajuk  KERJAYA DI LAUTAN telah diadakan  di Dewan Sri Gemilang. Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDPB. Ceramah kerjaya ini disampaikan oleh Kapten Saat bin Sanusir pegawai dari Jabatan Laut Wilayah Selatan.
                Ceramah ini mendedahkan kepada pelajar-pelajar SMKDPB tentang kerjaya di lautan yang mencabar tetapi  menarik. Peluang kerjaya di bidang ini semakin diminati dan pelajar-pelajar boleh memilih untuk menyertainya selepas tamat persekolahan.  Ceramah yang diadakan pada pukul 2.00 petang ini berakhir pada pukul 4.00 petang. Terima kasih kepada pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan.



Tahniah & Syabas : 'SDPB Menjuarai' STPM 2012

18 Mac 2013 : Tahniah & syabas kepada seluruh warga SMKDPB di atas kejayaan peningkatan peratus kelulusan STPM sejumlah 1.61% iaitu daripada 97.12%: 2011 kepada 98.73%:2012. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada adik Yuliana binti Partonedy dan adik Lim Wee Jieh yang telah berjaya mendapat 'Perfect Score' 4 Principal A. Tahniah & syabas kepada semua guru tingkatan 6 di atas kejayaan telah dimiliki.


Adik Yuliana Partonedy : '4 Principal A'


WACANA BAHASA 2013



16 Mac 2013 – Bertempat di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian Johor telah diadakan Kursus Wacana Bahasa anjuran bersama PPD Pontian dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan.  Penceramah jemputan ialah En Azhar bin Salleh dari SK Taman Johor Jaya 3– Munsyi Dewan. Turut Hadir ialah Encik Syaidul Azam bin Kamarudin dan Puan Siti Hajar binti Elah wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
                Seramai 86 orang peserta kursus terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah Daerah Pontian. Peserta didedahkan dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Kursus yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Encik Nazarali bin Ali, Pegawai PPD Pontian.