Kem Easy Matematik Tambahan, Peringkat Daerah Pontian 2012
29 Sept 2012 : Kem Easy Matematik Tambahan, Peringkat Daerah Pontian 2012 telah diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat mulai 29hb hingga 30hb September 2012. Seramai 500 orang pelajar dari 14 sekolah sekitar daerah Pontian telah menyertai program tersebut. Program ini diadakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam matapelajaran Matematik Tambahan khususnya para calon SPM 2012. Semoga tindakan inovatif yang dilakukan ini adapat meningkatkan lagi prestasi kualiti Matematik Tambahan peringkat daerah dalam SPM 2012.
Seminar Olimpiad 2012 SMK Dato' Penggawa Barat
29 September 2102: Seminar Olimpiad 2012 SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan bagi membuat persiapan ke pertandingan Olimpiad peringkat kebagsaan pada tahun 2013. Seramai 30 peserta telah dipilih bagi mengikuti seminar ini. Seminar bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Kelas Matematik Intensif PMR 2012
29 September 2012 : Kelas Matematik Intensif PMR 2012 diadakan bagi membuat persiapan pemurnian kualiti para calon PMR 2012 SMK Dato' Penggawa Barat sebelum menduduki PMR pada minggu hadapan. Kelas ini diadakan secara intensif selama satu hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
SOLAT HAJAT PERDANA 2012
28 Sept - Solat Hajat Perdana 2012 telah diadakan pada malam ini. Majlis yang bermula seawal jam 6.30 petang dihadiri oleh ibu bapa, para guru dan pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Kehadiran kali ini amat membanggakan sehingga ada makmum yang bersolat di kaki lima Dewan Sri Gemilang. Solat hajat ini merupakan kemuncak siri solat hajat yang telah bermula pada awal tahun ini. Tn Hj Hashim Mohd Dom dalam ucapannya mengucapkan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran tetamu. Beliau mengajak para ibu bapa untuk mendoakan kejayaan yang terbaik untuk anak-anak. Insyaallah, semoga doa kita semua akan dimakbulkan. Amin.
SEMINAR AKHIR KAJIAN TINDAKAN DAERAH PONTIAN 2012
25 Sept 2012 - Seminar Akhir kajian Tindakan Daerah Pontian 2012 telah berlangsung di Dewan Sri Gemilang dan Wardah Informasi. Pertandingan yang melibatkan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah bertujuan memilih wakil ke peringkat negeri. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh En Saleh Salim bin A. Majid (Pegawai PPD Pontian). Tahniah kepada para pemenang.
Tempat Ke-3 Pertandingan Karnival Sains & Teknologi Kebangsaan
24 September 2012 - Tahniah kepada pasukan sekolah yang telah mewakili Negeri Johor di dalam Pertandingan Solar Bot sempena Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 dengan memperoleh kemenangan tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Pada 19 dan 20hb September lepas, sekolah kita
telah menerima jemputan untuk bersaing dalam KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERINGKAT
DAERAH PONTIAN bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Andek Mori, Serkat, Kukup. Sekolah kita telah menghantar 1 kategori iaitu
kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 14.
Melalui kategori Perempuan Bawah 14, Nur Akilla binti Ahmad dari 1 Cemara berjaya mendapat tempat keempat. Bagi kategori Lelaki bawah 14 pula, Mohamad
Afif Fahim bin Asmuni dari 1 Cemara mendapat tempat kelapan. Syabas juga kepada
peserta-peserta lain yang mengambil bahagian. Guru Pengiring : Pn Afzan Othman.
Majlis Apresiasi Kejayaan JOHAN Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012
21 September 2012 : Majlis gilang-gemilang telah diadakan pada pagi ini bagi meraikan kejayaan mengekalkandan mengungguli Johan Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. Majils telah diserikan lagi dengan ucapan khas oleh para peserta dan guru penasihat pertandingan, detik-detik yang berlakukan sebelum dan semasa pertandingan bermula.
Subscribe to:
Posts (Atom)






