Majlis Penyerahan Bingkisan Istimewa : Kerja Rumah Terancang Cuti Pertengahan Tahun


Kerja rumah telah menjadi komponen yang penting dalam persekolahan di Malaysia. Walaupun terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa amaun kerja rumah yang diterima oleh pelajar agak berlebihan, tetapi dari sudut lain, kerja rumah dianggap berfaedah kerana dapat menyumbang kepada pencapaian yang tinggi. Justeru, sebagai satu inovatif pihak SMKDPB, satu majlis penyerahan Bingkisan Kerja Rumah Terancang kepada setiap wakil kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah diadakan pada 27 Mei 2011.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Barisan Tenaga Pengajar SMKDPB 2011
16 Mei 2011: Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah.

Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh GPK Tg. 6 dan GPK 1. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju kegemilangan.

Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Dewan makan Asrama. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.

Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu.



Sambutan Hari Guru SMKDPB 2011 - The best home videos are here

Program Lawatan Penanda Aras di Kuala Terengganu pada 25 hingga 27 April 2011 Unit Prauniversiti, SMK DPB.




Program Verifikasi Instrumen PPKKPS 1/2011 & Rancangan Penambahbaikan Sekolah

Program ini telah diadakan pada 11 Mei 2011 bertempat di SMK Dato'Penggawa Barat, Pontian, Johor. Seramai 14 orang pengetua dan 77 orang guru besar daripada sejumlah 13 buah Sekolah Menengah Harian, sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan, 51 buah Sekolah Rendah Kebangsaan, 25 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan sebuah Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil telah berkumpul di SMK Dato'Penggawa Barat bagi menghadiri bengkel tersebut.

Lawatan Penanda Aras di Kota Bahru


Kenangan bersama Pentadbir di SMK Bachok dan Di MRSM Pasir Tumboh


13-15 Mei 2011: Seramai 30 oarang guru SMKDPB yang terdiri daripada PK Pentadbiran, PK HEM, PK Petang, 4 orang Guru Kanan, 9 orang Guru Cemerlang, 2 orang Kaunselor, Ketua-ketua Panitia dan Guru media dan perpustakaan serta Guru-guru penyelaras kecemerlangan PMR telah mengikuti satu rombongan untuk Lawatan Penanda Aras di Kota Bahru.

Dua buah sekolah telah menerima kehadiran kami iaitu MRSM Pasir Tumboh dan SMK Bachok.

MRSM Pasir Tumboh merupakan MRSM ranking pertama di Malaysia dalam PMR 2010 dengan GPS 1.0115. Beberapa rahsia kejayaan dikongsi bersama dengan penjelasan program-program kecemerlangannya.

SMK Bachok pula amat menyerlah dalam matapelajaran Bahasa Arab PMR di mana sekolah ini sentiasa mengekalkan keputusan 100% dalam Bahasa Arab. Dalam keputusan peperiksaan PMR 2010 yang lalu seorang pelajar keturunan cina Wee Soo Yen telah memperolehi keputusan A dalam Bahasa Arab. Pelajar ini telah menerima Anugerah Maulidur Rasul 2011 yang telah disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 15 Februari 2011.

Secara keseluruhannya objektif lawatan ini berjaya membuka minda guru-guru untuk menyerapkan idea-idea yang baik bagi kecemerlangan SMKDPB

Tahniah kepada penganjur lawatan atas usaha memartabatkan lagi kegemilangan SMKDPB.

Untuk mengenali lebih dekat lagi sila klik disini untuk laman web rasmi MRSM Pasir Tumboh dan di sini untuk SMK Bachok.




Lawatan Perkongsian Pintar - The best home videos are here

Tn.Hj Muhammad Nor bin Abdul Ghani Turun Padang ke Daerah Pontian


Seramai 14 orang pengetua dan 77 orang guru besar daripada sejumlah 13 buah Sekolah Menengah Harian, sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan, 51 buah Sekolah Rendah Kebangsaan, 25 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan sebuah Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil telah berkumpul di SMK Dato'Penggawa Barat bagi mendengar amanat dan motivasi Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tn.Hj.Mohammad Nor bin Abdul Ghani.


Mari Kita Bersama Menyanyikan Lagu Tema Hari Guru 2011

Majlis Apresiasi Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 7 Mei 2011

7 Mei 2011: Majlis Apresiasi Sekolah Kluster Kecemerlangan peringkat sekolah telah dilangsungkan dengan penuh rasa kebanggaan kepada semua warga sekolah. Timbalan PPD Pontian, Tn. Hj. Ismail Bin Rosdi telah sudi menerima undangan untuk menyerahkan watikah pengiktirafan pada majlis tersebut.

Dalam ucapan Tuan Timbalan, PPD Pontian amat berbangga sekali dengan pengiktirafan ini lebih-lebih lagi ianya merupakan pengiktirafan pertama kategori sekolah harian di luar daerah Johor Bahru. Beliau mengingatkan kepada semua pelajar supaya prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah mestilah mencapai standard sekolah kluster untuk mengekalkan berada di SMKDPB. Begitu juga dengan komitmen guru, beliau percaya semua tenaga pengajar SMKDPB berada pada standard Guru Cemerlang.
 (sila klik di sini untuk persembahan power point Tn. Pengetua)