PEPERIKSAAN SPM 2020 BERMULA

22 Februari 2021- Hari ini merupakan hari yang paling istimewa bagi calon SPM 2020 SMKDPB.  Merekalah kohort teristimewa yng melangkah ke dewan peperiksaan dengan wajah yang ceria, yakin, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga kejayaan menjadi milik mereka.

 


 

                                         



 

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

16 Februari 2021- Penyerahan bantuan awal persekolahan untuk murid yang lauak telah diadakan pada pagi ini. Penyerahan ini dilakukan secara ;'Drive Thru' bagi mengekang penularan virus COVID-19. Proses penyerahan berjalan lancar dan mematuhi SOP. Tahniah kepada semua guru yang terlibat.

 

 


SANITASI DEWAN SERI GEMILANG

13 Februari 2021 - Proses sanitasi  Dewan seri Gemilang dilakukan pada hari ini sebagai persediaan untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Terima kasih kepada pihak sukarelawan terbabit yang berusaha mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar di SDPB.



SUMBANGAN MEJA BAHARU PEPERIKSAAN SPM 2020

11 Februari 2021 - Usaha guru-guru lelaki untuk membeli meja peperiksaan yang baharu kepada pelajar SPM 2020 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2020 pada minggu hadapan membuahkan hasil apabila sebanyak 200 buah meja berjaya dibeli hasil sumbangan  para guru dan alimni SMKDPB. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Nor Hisham, Cikgu Nazarizal dan Cikgu Azman yang menggerakkan usaha ini. Terima kasih juga kepada penderma yang budiman.



PECUTAN AKHIR SPM 2020

5 Februari 2021 - Siri pecutan akhir SPM 2020 diteruskan pada hari ini. Tuan Pengetua sendiri turun padang pada cuti hujung minggu semata-mata untuk mengajar subjek Matematik Tambahan kepada para pelajar SPM 2020. Semoga beroleh kejayaan kepada semua murid SDPB Menjuarai.

 

 


MUNAJAT

 


PEMBELIAN BUKU KOPERASI SEKOLAH

 26 Januari 2021 - Pada hari ini berlangsung jualan buku tulis dan alatan  dari koperasi sekolah. Penjualan ini juga dilakukan secara 'Drive Thru' bagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Tuan Pengetua turut turun padang bagi melihat proses penjualan buku dilakukan. Syabas dan tahniah kepada pihak koperasi sekolah.

 




 


AGIHAN BUKU TEKS

 25 Januari 2021 - Agihan Buku Teks kepada para pelajar dilakukan secara 'Drive Thru'  pada hari ini. Hal ini demikian bagi mematuhi SOP ketika pandemik yang melanda negara ketika ini. Segala agihan berjalan lancar seperti yangdirancang dengan kawalan para guru yang komited dan dedikasi.

 

 






SALAM TAKZIAH

 22 Januari 2021 - Seluruh warga SMKDPB merakamkan ucapan takziah kepada Pn Rashidah binti Hassan atas kepulangan suaminya ke Rahmatullah pada jam 11.30 malam 21 Januari 2021. Allahyarham En Rosman bin Bachok merupakan Pengetua SMK Taman Universiti.  Semoga Pn Rashidah serta keluarga tabah menghadapinya. 

Berikut merupakan ucapan salam takziah daripada Ketua Pengawas yang mewakili semua pelajar SMKDPB.