PIDATO PRIDULI 2020

 5 Julai 2020- Keputusan pertandingan Pidato Priduli telah diumumkan. Adik Mohd Fahim Azfar telah mendapat tempat keempat. tahniah diucapkan.



SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT

14 Julai 2020 - Solat Hajat dan Doa Selamat khas diadakan bertujuan memanjatkan hajat kepada Yang maha Esa agar dipermudahkan segala urusan guru-guru dan anak-anak didik SDPB yang akan memasuki sesi persekolahan penuh bermula esok. Semoga segalanya dipermudahkan dan seluruh warga SDPB Menjuarai dihindari daripada wabak dan penyakit.






SELAMAT HARI LAHIR TUAN PENGETUA

14 Julai 2020 - Selamat Hari Lahir buat Tuan Pengetua, Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof. Semoga Tuan Pengetua sentiasa diberi kekuatan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik untuk terus memacu SDPB menuju kecemerlangan.






TAKLIMAT PENATARAN PEMBUKAAN SEKOLAH BIL.2/2020

7 Julai 2020- Satu taklimat penataran pembukaan sekolah bil.2/2020 telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Shaphri, Pengetua SMKDPB.
Guru- guru diberi taklimat untuk pembukaan sekolah pada 15  Julai 2020 yang melibatkan semua tingkatan. Semoga dipermudahkan segala urusan warga SDPB Menjuarai.



Pertandingan Speak Out: Express Your Right!

 1-7 Julai 2020 – Pertandingan Speak Out: Express Your Right! Infografik Sempena Konvensyen HePiLi2020 peringkat negeri Johor juga telah diadakan secara atas talian.  Seorang peserta SDPB Menjuarai iaitu adik Samantha a/p Gerard telah memperoleh hadiah saguhati. Tahniah diucapkan kepada pelajar serta guru pembimbing Pn Norhafizah Nasiron, Pn Rafidah Rajimin dan Pn Nurul Natrah Nor Bashah.



Pertandingan Bicara Sihat Konvensyen HePiLi 2020

 1 – 7 Julai 2020 – Pertandingan Bicara Sihat Konvensyen HePiLi 2020 peringkat negeri Johor telah diadakan secara atas talian. Di bawah bimbingan Pn Norhafizah Nasiron, Pn Rafidah Rajimin dan Pn Nurul Natrah Nor Bashah seramai 4 orang peserta telah menyertainya. Pertandingan yang diadakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri ini telah melonjakkan nama SDPB Menjuarai. Tahniah kepada:

1.       Johan Pertandingan Bicara Sihat Sek.Men (B.Melayu) – Adik Ammar Hakimi

2.       Naib Johan Pertandingan Bicara Sihat Sek.Men (B.Inggeris)- Adik Alif Syahmi

3.       Ketiga Pertandingan Bicara Sihat Sek.Men (B.Inggeris)- Adik

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan guru pembimbing.

 

 


 

 

 

PERTANDINGAN BICARA RAMADAN

 4 Julai 2020- Tahniah diucapkan kepada adik Mohd. Fahim Azfar b. Aili (4AK) yang mengungguli tempat ke-3 dan adik Afrina Jasmin bt Hasanuddin (5AK) di tempat ke-6 dalam Pertandingan Bicara Ramadan Peringkat Negeri Johor 2020.


Semoga terus cemerlang!




HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19

24 Jun 2020 - Barisan pentadbir dan guru-guru  menyambut kedatangan murid-murid Tingkatan 5 untuk memulakan sesi persekolahan yang tergendala hampir 3 bulan akibat Pandemik Covid-19. Murid-murid datang dengan penuh semangat dan ceria sambil mengikuti semua SOP yang ditetapkan. Pemantau-pemantau dari JPNJ iaitu Tn Hj Yazid, dari PPD Tn Hj Roslan dan Tn Mohd Fadzil dari IPD Pontian turut bersama-sama meninjau sesi persekolahan pada hari ini. Semoga murid-murid dan guru-guru SDPB Menjuarai dilindungi daripada wabak yang melanda.
#kitajagakita 
#kitamestimenang