TEKNIK MENJAWAB FIZIK SCORE THREE


20 Julai 2019 – Hari ini para pelajar SPM 2019 mengikuti Program Teknik Menjawab Fizik Score Three. Semua pelajar yang mengambil subjek ini begitu gigih berusaha untuk memperoleh A+ dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang. Penceramah jemputan iaitu Cikgu Siti Nor Hidayah binti Ismail dari SMK Taman Sutera Johor Bahru.





TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM


19 Julai 2019 – Teknik menjawab Bahasa Melayu SPM telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Penceramah jemputan iaitu Cikgu Asmah dari SMKA Johor Bahru. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaat oleh para pelajar.





CAKNA - PENGETUA BERSAMA -SAMA PELAJAR SPM


18 Julai 2019 – CAKNA Pengetua bersama-sama pelajar pada hari ini diteruskan dengan subjek Matematik Tambahan. Suntikan motivasi kepada pelajar khusus yang mengambil subjek berkenaan amat ditagih demi melonjakkan pencapaian GPMP. Tahniah diucapkan.





PAMERAN KERJAYA JOM KE IPT

17 Julai 2019 - Pameran kerjaya kali ini diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB bermula jam 10.30 am-3.00 pm. Objektif utama pameran ini ialah memberi input kepada para pelajar dalam memilih bidang yang akan diceburi . En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah sudi merasmikan pameran ini..Antara agensi yang  terlibat  ialah:
-Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
-Multimedia Universiti
-Universiti Reading Malaysia
-Xia Men University Malaysia
-Institusi Pengajian Islam Johor
-Kolej Metropoint
-Kolej Komuniti Tg.Piai
-Kolej Universiti Southern
-Universiti Tunku Abdul Rahman
- Institut Kemahiran ITBase
-PTPTN
-Kolej Sunway
-Inti International University College













InnEX 2019


13 Julai 2019 – Bertempat di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, pasukan inovasi SMKDPB telah menyertai Pertandingan Inovasi InnEx (Innovation Exhibition) 2019. Penganjur memilih tema Recycling Into The Future. Pasukan SDPB telah membawa cabaran dengan mempertandingkan Pineapple Leaf Project dan Permata Sawit. Alhamdulillah kedua-dua pasukan telah menggondol pingat emas sekaligus mengharumkan nama SDPB di peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada semua yang menyokong pasukan inovasi sekolah,









LADAP-KBAT


13 Julai 2019 – Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan pada hari ini. LADAP yang bertajuk KBAT itu telah disampaikan oleh Pn  Siti Nur Atikah, SISC+ PPD Pontian. Pelbagai kaedah dan aktiviti KBAT telah didedahkan kepada para guru. Semoga bermanfaat kepada semua.








PerKISS-


13 Julai 2019 – Kelab Kitar Semula SDPB telah menjual hampir 700 kilogram sisa buangan yang berjaya dikumpulkan oleh warga SDPB. Guru-guru dan para pelajar telah menyahut seruan untuk sama-sama memelihara alam sekitar. Kelab KItar  Semula SDPB menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) yang merupakan antara program kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PerKISS yang julung kalinya telah diadakan bermula pada tahun 2014 hingga kini merupakan inisiatif SWCorp untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang telah melaksanakan aktiviti kitar semula dengan cemerlang di peringkat sekolah masing-masing.
Menerusi pertandingan ini, amalan 3R yang dipelajari secara teori di peringkat sekolah dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sekali gus dapat melahirkan pelajar yang kritis, kreatif, inovatif dan berdaya saing setanding dengan perkembangan minda para pelajar di negara maju.








JOM JADI REMAJA BERAKHLAK MULIA



11 Julai 2017 – Program Jom Jadi Remaja Berakhlak Mulia telah diadakan pada hari ini.  Program bertujuan membentuk para pelajar menjadi seorang insan yang sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Program ini dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan masyarakat dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.




MEMANAH - JOHAN OLIMPIK ROUND



4 Julai 2019 – Pelajar Tingkatan Empat Cempaka, Amni Qistina telah menjadi Johan  Olimpik Round kategori memanah terbukaKota Tinggi di SMS Kota Tinggi. Tahniah dan terima kasih kerana mengharumkan nama SDPB Menjuarai!

AGOONOREE KEBANGSAAN TERENGGANU KALI KE-3



1-4 Julai 2019 – Bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus,  Terengganu peserta pengakap Pendidikan Khas bersama-sama Cikgu Mohd Ehsan telah menyertai Agoonoree Kebangsaan Terengganu Kali Ke-3.  Pelbagai aktiviti yang sesuai dengan pelajar pendidikan khas telah diadakan bertujuan membentuk keyakinan diri dalam menghadapi kehidupan bersama-sama insan normal.

Ahli-ahli pengakap SMKDPB ini telah membantu kontinjen Johor untuk menjadi Naib Johan Kraf Perkhemahan Terbaik. Syabas dan tahniah diucapkan.