30 Jun 2019 – Hari Pelaporan
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah diadakan pada hari ini. Semua ibu bapa hadir untuk membincangkan prestasi akademik
serta Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) anak-aNak pelajar SMKDPB. Kehadiran ibu
bapa amat memberangsangkan. Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30
tengah hari membolehkan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian akademik
anak-anak. Bagi pelajar tingkatan 5, program ini diadakan di Dewan Seri
Gemilang. Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah memberi
ucapan dan memaparkan TOV, AR2 dan ETR
pelajar SPM 2019. Program-program pemantapan akademik juga dipaparkan bagi
memberi maklum kepada ibu bapa penjaga. Semoga komitmen semua pihak akan
membuahkan hasil dalam keputusan SPM 2019.
ZIARAH MARHABAN KEBIRU 2019
29 Jun 2019 - Program Ziarah Marhaban warga SMKDPB bersama ahli keluarga telah diadakan pada hari ini. Sebanyak 5 buah rumah warga guru telah diziarahi oleh rombongan marhaban KEBIRU. Antara rumah yang diziarahi ialah rumah Cikgu Siti Aznum, Cikgu Hafzanisa, Cikgu Ismail, Cikgu Azman dan Cikgu Mohd Shaphri. Semoga ukhwah terjalin dan mengeratkan tali silaturahim sesama warga SDPB.
MAJLIS PERPISAHAN EN MOHD HAMZAH BIN HASSAN
27 Jun 2019 - Majlis perpisahan En Mohd Hamzah bin Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum telah diadakan pada hari ini. En Mohd Hamzah telah dinaikkan pangkat menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Perhentian. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai PPD iaitu En Mahadi. Tahniah diucapkan dan terima kasih selama menabur bakti di bumi SDPB Menjuarai!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019
27 Jun 2019 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriahnya. Sambutan kali ini turut disertai oleh wakil PIBG dan juga komuniti setempat. Seluruh warga SDPB meraikannya termasuklah pelajar Cina dan India yang turut sama memakai persalinan baju Melayu dan baju kurung. Semoga ikatan perpaduan warga SDPB bertambah erat.
LOMPAT TALI PRESTASI TINGGI KEBANGSAAN 2019
21-23 Jun 2019 - Pasukan lompat tali SMKDPB telah menyertai Pertandingan Lompat Tali Prestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan 2019 di IPG Bahasa Melayu Kuala Lumpur. Pertandingan ini anjuran Persekutuan Lompat Tali Malaysia. Alhamdulillah pasukan lompat tali SMKDPB yang dianggotai oleh 5 orang pelajar telah berjaya membawa pulang 8 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa. Tahniah!.
JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND 2019
13-20 Jun 2019- Dua orang ahli pengakap SMKDPB telah terpilih untuk mengikuti Jambori Sempadan Malaysia-Thailand bersempena dengan pertabalan Raja Rama Ke-10 pada tahun 2019 di Pantai Samila, Songkhla, Thailand. Bertemakan 'Volunteer Scouts Do Good Deeds To Demonstrate Their United Loyalty and Honour For The King'
Jambori ini disertai oleh ahli pengakap seluruh wilayah Thailand, Qatar, Indonesia, Malaysia, Korea dan Singapura. Pengalaman berharga ini pastinya dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan di sekolah. Tahniah Muhammad Akmal dan Muhammad Afiq.
DIALOG PRESTASI 3 & MESYUARAT KURIKULUM 2
18 Jun 2018 - Dialog prestasi 3 & Mesyuarat Kurikulum 2 telah diadakan di Wadah Informasi pada petang ini. Majlis dipengerusikan oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof bertujuan meningkatkan pencapaian prestasi para pelajar dan menentukan hala tuju program khususnya selepas peperiksaan pertengahan tahun 2019. Semoga usaha murni ini membuahkan hasil kecemerlangan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































