TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN REKA CIPTA PENGAKAP WANITA 2019

21 April 2019 - Pasukan Pengakap Wanita SMKDPB yang menyertai Perkhemahan Pengakap Wanita di Terengganu telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan reka Cipta Botol Terbuang. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini di peringkat kebangsaan.




JOHAN KESELURUHAN MEMANAH DAERAH PONTIAN 2019

18-19 April 2019 - Kejohanan memanah Daerah Pontian telah diadakan di SK Bandar Pontain. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini membawa khabar gembira buat SMKDPB apabila dipilih sebagai Johan Keseluruhan 2019. Dalam 18 kategori yang disertai pasukan memanah SMKDPB telah mendapat 10 Emas, 7 Perak dan 4 Gangsa. Tahniah diucapkan.




UJIAN PENGAKAP RAJA 2019


13-16 April 2019 - Seramai 12 orang peserta dari SMKDPB telah mengambil Ujian Pengakap Raja. Ujian kali ini diadakan di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Para peserta perlu lulus dalam ujian ini sebelum mendapat Anugerah Pengakap Raja. Semoga mereka berjaya. 



KETIGA FORUM DAERAH PONTIAN 2019

15 April 2019 - Pasukan Forum Remaja SMKDPB telah mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan forum yang telah diadakan pada hari ini bertempat di SMA Maahad Pontian. Adik Halimatul Saadiah binti Pairit telah dipilih  sebagai ahli panel terbaik.Tahniah.

JOHAN SAHIBBA NEGERI JOHOR 2019

15 April 2019 - Tahniah diucapkan adik Muhammad Ammar Hakimi kerana telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Johor. Beliau akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan nanti. Tahniah diucapkan.

KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT KEBANGSAAN 2019

14 April 2019- Alhamdulillah..satu lagi kejayaan pengakap di peringkat kebangsaan dalam pertandingan Kuiz Marin Peringkat Kebangsaan di Pulau Tinggi Mersing. Adik Mohd Rifaat mendapat EMAS  & adik Haziq GANGSA..

SDPB Menjuarai...





JOHOR INTERNATIONAL MESSENGER OF PEACE(MoP) FORUM AND 1ST SCOUTS SCIENCE TECHNOLOGY ENGINEERING MATHEMATICS (STEM) CAMPOREE 2019

14 April 2019- 3 EMAS, 3 PERAK & 14 GANGSA di bawa pulang dalam program International. SDPB Menjuarai! Tahniah kepada Pn Aznita Sairi dan ahli-ahli pengakap SMKDPB yang menyertai JOHOR INTERNATIONAL MESSENGER OF PEACE(MoP) FORUM AND 1ST SCOUTS SCIENCE TECHNOLOGY ENGINEERING MATHEMATICS (STEM) CAMPOREE 2019 di SMK Tasek Utara JB

MTQ Negeri Johor.

13 April 2019- Adik Mohd Norhazreen telah menduduki tempat keempat dalam pertandingan syarahan agama peringkat negeri. Kekalahan tipis dengan beza satu mata ini tetap membanggakan SMKDPB kerana mencuba yang terbaik buat SMKDPB.

PROGRAM SEMARAK PUTERI PPIM


12 April 2019 - Puteri Durrah Dayana  telah diumumkan sebagai pemenang Tempat Keempat dalam Pertandingan Pidato dan Johan Sukan Rakyat Peringkat Kebangsan.Program Semarak Puteri telah diadakan di PUSAKO, Negeri Sembilan.




KEJAYAAN PKBM SMKDPB

12 April 2019 - Pada hari ini diumumkan PKBM SMKDPB mendapat tempat kedua dalam pertandingan kawad  senjata. Selama lebih seminggu mereka berkampung di padang kawad akhirnya kejayaan tempat kedua menggembirakan pasukan PKBM. Tahniah juga kepada guru pembimbing.