JOHAN KESELURUHAN LOMPAT TINGGI PRESTASI TINGGI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
23.Mac 2019 - Pasukan lompat tali SMKDPB telah menjadi Johan Keseluruhan Lompat Tali Prestasi Tinggi peringkat negeri Johor 2019 yang berlangsung di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan SMKDPB telah memperoleh 7 pingat Emas, 11 pingat Perak dan 8 pingat Gangsa. Tahniah kepada para peserta.
|
|
|
|
|
ICOMPEX 19- JITRA KEDAH
19-21 Mac 2019 bertempat di Dewan Wawasan Jitra Kedah telah berlangsung Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompex19) yang merupakan pertandingan dan pameran projek inovasi dan penemuan baru. Pasukan Inovasi SMKDPB telah menghantar sebanyak 7 pasukan untuk menyertainya. Sejak tahun 2014 SMKDPB telah menghantar pasukan inovasi dan pada tahun ini merupakan pasukan yang paling ramai dihantar ke iCompex.Bagi Projek Inovasi sebanyak 595 penyertaan pada tahun 2019 ini terdiri daripada pelajar politeknik, kolej komuniti, universiti awam, universiti dan kolej swasta, sekolah dan juga lain-lain institusi. Cabaran yang hebat bagi pasukan inovasi SMKDPB dalam 9 kategori yang dipertandingkan.
Taruhan pasukan inovasi SMKDPB ialah Innovation Ruler (INNORU), Pinedroplanter Project, Multifunction Stick (MFS), Portable Multifunction Kit, Multipurpose Bin, Medicated Bedbean Pillow dan Meascut.
Alhamdulillah alam pertandingan ini pasukan inovasi SMKDPB telah membawa pulang 3 Pingat Emas melalui INNORU, Pinedroplanter Project dan Multifunction Stick sementara 3 Pingat Gangsa melalui Portable Multifunction Kit, Multipurpose Bin dan Medicated Bedbean Pillow. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh para peserta SMKDPB amat dihargai. Sumbangan dan dorongan pihak sekolah, PIBG dan juga ibu bapa amatlah dihargai dalam memastikan kemenjadi an pelajar.
KEPUTUSAN SPM 2018 - LIPUTAN AKHBAR SINAR
Sila KLIK link di bawah untuk membaca berita berkaitan SPM 2018 SMKDPB.
PASIR GUDANG - DOA KAMI BERSAMAMU
14 Mac 2019 - Munajat Selamatkan Mangsa Pencemaran Bahan Kimia Pasir Gudang telah diadakan pada pagi ini. Semua guru dan pelajar Islam memenuhi Dewan Seri Gemilang untuk turut sama-sama membaca Yaasin, Solat Hajat dan seterusnya berdoa agar mangsa pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang tabah menempuh dugaan ini dan memohon agar bencana ini segera berakhir. Insyallah semoga doa warga SMKDPB diterima-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































