KEM PEMIMPIN PELAJAR NEGERI JOHOR 2019 (JOHOR STUDENTLEADERS COUNCIL)


15-18 Mac 2019  Kem Pemimpin Pelajar negeri Johor telah diadakan di Kem PLKN Sri Ledang, Segamat, Johor. Tiga orang pelajar SMKDPB telah menghadirinya iaitu Soo Jin Yee, Jolyn Tan Jing Xuan dan Halimatul Saadiah binti Pairit. Semoga mereka berjaya dipilih menganggotai JSLC.







KEPUTUSAN SPM 2018 - LIPUTAN AKHBAR SINAR

Sila KLIK link di bawah untuk membaca berita berkaitan SPM 2018 SMKDPB.



KEPUTUSAN SPM 2018


14 Mac 2019 - Keputusan SPM 2018 yang diumumkan pada pagi ini membawa khabar gembira buat warga SMKDPB. Berlaku peningkatan GPS iaitu daripada 2.52 kepada 2.39. Bagi calon sempurna A juga meningkat kepada 21 orang pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru serta ibu bapa.












JOHAN CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

14 Mac 2019 - Tahniah kepada para peserta Cabaran Interaktif Pengguna yang merangkul Johan dalam pertandingan di Starhill hari ini. Tahniah Abd Shukur, Afiq Fawwaz, Adam Najmuddin dan Afiqah. Tahniah juga buat Cikgu Nor Aida, Cikgu Hajah Khaliza dan Cikgu Harlina sebagai pembimbing yang mantap.

PASIR GUDANG - DOA KAMI BERSAMAMU


14 Mac 2019 - Munajat Selamatkan Mangsa Pencemaran Bahan Kimia Pasir Gudang telah diadakan pada pagi ini. Semua guru dan pelajar Islam memenuhi Dewan Seri Gemilang untuk turut sama-sama membaca Yaasin, Solat Hajat dan seterusnya berdoa agar mangsa pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang tabah menempuh dugaan ini dan memohon agar bencana ini segera berakhir. Insyallah semoga doa warga SMKDPB diterima-Nya.





TOKOH NILAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2019

12 Mac 2019- Pertandingan Tokoh Nilam 2019 Daerah Pontian telah diadakan pada hari ini di PKG Bandar Pontian. SMKDPB telah menghantar Muhammad Farhan bin Anuar (BM) dan Muhammad Aliff Najmi bin Abdul Rahman. Kedua-dua orang Tokoh Nilam SDPB iaitu Muhammad Aliff Najmi (BI) dan Muhammad Farhan Anuar (BM) telah dimasyhurkan sebagai Tokoh Nilam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Daerah Pontian Tahun 2019. Tahniah kepada para pemenang dan juga  guru pembimbing Cikgu Azman bin Nong, Cikgu Sharifah Ain, Cikgu Azizah dan Cikgu Juliana

SDPB Menjuarai





JOHOR INTERNATIONAL GIRLS IN SCOUTING GATHERING 2019

9-11 Mac 2019 - Johor International Scouting In Gathering 2019 telah diadakan di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor. Pengakap Laut  Kumpulan 14 Pontian (SMKDPB) telah menghantar 3 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemahan tersebut. Ketiga-tiga pelajar yang menyertai aktiviti telah  berjaya meraih sijil pencapaian Emas peringkat Antarabangsa. majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Mazlan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastuktur dan  Pengangkutan Johor.








Dalam majlis penutupan program ini juga turut diadakan  majlis pelancaran buku keluaran pengakap negeri Johor yang bertajuk Tunjang Karisma: Lensa Pengakap Johor. Buku ini ditulis oleh Tn Hj Yaacob bin A. Karim, Pn Rosmah binti Abdullah dan juga  En Anuar bin Salleh, Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMKDPB yang juga merupakan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran)






TATACARA PAKAIAN DAN MAKLUMAT BERKAITAN KEPUTUSAN SPM 2018

PEMBERITAHUAN CALON SPM 2018

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2018

                Keputusan Peperiksaan SPM 2018 akan dimumkan pada 14 MAC 2019 selepas  pukul 11.00 pagbertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato Penggawa Barat

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.

*** semua pelajar wajib mendaftar sebagai ahli alumni sdpb dengan bayaran yuran sebanyak RM  5 sebelum mengambil slip keputusan

5.   Peringatan tambahan.
5.1              Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2              Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.  

“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”





PROGRAM PENANDAARASAN - SMK BATU LAUT


10 Mac 2019 - Program Penandaarasan Pembudayaan Akademik antara SMK Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor telah berlangsung pada hari ini. Seramai 60 orang guru dari SMK Batu Laut telah sudi hadir ke SMK Dato' Penggawa Barat. Selain berkongsi pengalaman pembudayaan kecemerlangan program ini juga mengerat tali silaturahim antara guru kedua-dua buah sekolah. Terima kasih atas kunjungan.