PERTANDINGAN LOMPAT TALI SPEED 2019

16 Februari 2019 - Pertandingan lompat tali yang diadakan di SK Sri Tebrau pada hari ini menyaksikan pasukan lompat tali SMKDPB membawa pulang 3 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa.
Bagi acara Speeding 30 saat & 3 minit Kategori Remaja adik Muhammad Zikry bin Isnaidi merih Johan sementara Zulhusni bin Samsor mendapat Naib Johan. Adik Muhammad Zikry bin Isnaidi juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan kategori remaja.
Tahniah diucapkan.




KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMKDPB 2019

16 Feb 2019 - Kejohanan Olahraga Tahunan SMKDPB telah berlangsung di Padang Kejora SMKDPB.  Perasmian disempurnakan oleh Yb Tuan Haji Mazlan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastuktur Dan Pengangkutan Johor.









PRA KEJOHANAN SUKAN SMKDPB 2019

13 & 14 Feb telah diadakan Pra Kejohanan Sukan SMKDPB di Padang Kejora. Beberapa pertandingan di sertai oleh pasukan Rumah Bendahara, Rumah Temenggung, Rumah Panglima dan Rumah Laksamana.









BOLING MSSD 2019

12 Feb 2019 - Boling MSSD telah diadakan di Wisma Daiman, Johor Bahru. Beberapa kejayaan dicipta oleh pasukan boling SMKDPB.

Johan L15
Muhammad Aiman Hakim bin Salamat(2ma)

Ke-4 L15
Muhammad Hilman Anas bin Mohd Anis (2ca)

Naib Johan L18
Muhammad Adli Zafri bin Zainuddin (5ak)

Ke-4 L18
Muhammad Ikram Naqiuddin bin Zuraini (5ra)

Ke-4 P15
Qaisara Najla bt Abas (1da)

  







PING PONG MSSD

12 Feb 2019 - Pertandingan ping pong MSSD telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Dalam pertandingan ini pelbagai kejayaan diraih. Antaranya;
1. Kategori BKC Sekolah Menengah - Johan - Nur Ain Amirah Mat Supi
                                                              N. Johan - Nur Billah Izzah Mohd Norizam
2. Perempuan Terbuka - Johan - Ng Jia En
3. Bergu Perempuan Terbuka - Johan - Ng Jia En & Tan We Ring
4. Bergu Lelaki Terbuka - Naib Johan - Wong Qi Hao & Lee Kar Leng
                                          Ketiga - Khoo Wen Bin & Soo Jin Ye

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru pembimbing. SDPB Menjuarai...
















KAD UCAPAN TAHUN BARU CINA



31 Januari 2019 – Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Bagi memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan maka penyampaian Kad Ucapan Tahun Baharu Cina telah diadakan pada pagi ini. Tn. Pengetua, En. Mohd.. Shaphri bin Mohd Yusof telah sudi menyampaikan kad ucapan kepada pelajar-pelajar Cina SMKDPB. Penyampaian kad ucapan Tahun Baharu Cina sebagai simbolik  kepelbagaian kaum yang terdapat di SMKDPB.










HOLIDAY MODULE FOR CHAMPION

PARA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 BOLEH MENGAKSES PAUTAN PADA MENU BAR DI ATAS UNTUK MELIHAT TWO PAGE ASSESSMENT (TPA) YANG DIBERIKAN OLEH GURU ANDA. SILA IKUTI ARAHAN YANG DIBERIKAN. 

SELAMAT BERCUTI.


SOAL SELIDIK NILAM

SILA JAWAB SOAL SELIDIK NILAM PADA PAUTAN DI BAWAH. TERIMA KASIH.
KLIK DI BAWAH