SUKANTARA 2019
29 & 30 Januari 2019 – Sukantara antara rumah sukan
Bendahara, Laksamana, Panglima dan Temenggung telah diadakan pada hari Isnin
dan Selasa di Padang Kejora, SMKDPB. Rutin tahunan sebelum acara sukan dijalankan bertujuan mengumpul
markah rumah sukan. Antara acara yang diadakan ialah lari 100m, lontar peluru dan lompat jauh. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan Sukantara
SDPB kali ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
LAMBAIAN KASIH - SEKALUNG BUDI, SEGUNUNG RASA
28 Januari 2019 - Majlis Lambaian Kasih, Sekalung Budi, Segunung Rasa diadakan bagi meraikan perpindahan En Mohidin bin Suyot, Tn Hj Sahirul Azman bin Bahari dan Pn Johanah binti Mohamed.
En Mohidin bin Soyut telah dinaikan pangkat menjadi Pengetua di SMK St.Joseph, Johor Bahru, manakala Pn Johanah binti Mohamed dinaikkan pangkat menjadi PK Kokurikulum di SMK Teluk Kerang, Pontian dan Tn Hj Shairul Azman bin Bahari dinaikkan pangkat menjadi GKMP Saind dan Matematik di SMK Tan Sro Osman Mohd Saat.
Tahniah diucapkan selama menabur bakti di SMKDPB. Jasa dan pengorbanan mendidik anak-anak SDPB Menjuarai akan dikenang.
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan selama menabur bakti di SMKDPB. Jasa dan pengorbanan mendidik anak-anak SDPB Menjuarai akan dikenang.
HARI PENETAPAN TARGET SPM 2019
27 Januari 2019- Hari Penetapan Target SPM 2019 telah diadakan pada hari ini. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pn Rosliza Rahmat, Penolong Kanan Pentadbiran SMKDPB. Para ibu bapa yang hadir dapat bertemu dengan guru-guru subjek bagi mengetahui dan mencari solusi kecemerlangan anak-anak.
Peratus kedatangan ibu bapa seperti berikut:
1. 5 Ak: 29/31 (93.5%)
2. 5 Ca: 22/23 (95.7%)
3. 5 Da: 21/21 (100%)
4. 5 Ka: 22/23 (95.7%)
5. 5 Ma: 24/24 (100%)
6. 5 Ra: 26/27 (96.3%)
7. 5 Sn: 18/21 (85.7%)
Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir menjayakan Hari Penetapan Target SPM 2019 SMKDPB.
|
|
|
|
|
|
1. 5 Ak: 29/31 (93.5%)
2. 5 Ca: 22/23 (95.7%)
3. 5 Da: 21/21 (100%)
4. 5 Ka: 22/23 (95.7%)
5. 5 Ma: 24/24 (100%)
6. 5 Ra: 26/27 (96.3%)
7. 5 Sn: 18/21 (85.7%)
Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir menjayakan Hari Penetapan Target SPM 2019 SMKDPB.
|
|
|
|
|
|
MERENTAS DESA 2019
26 Januari 2019 – Merentas Desa
2019 telah diadakan pada hari ini. Cuaca yang cerah membolehkan program ini
berjalan lancar. Para peserta dilepaskan oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof seawal
jam 8.00 pagi mengikut kategori. Para peserta perlu menempuh check point
sebelum sampai ke garisan penamat. Tuan Pengetua turut sudi menyampaikan medal
kepada para pemenang. Tahniah kepada para pemenang.
UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA 2019 (PONTIAN)
17-19 Januari 2019 – Ujian Sikap
Pengakap Raja telah dijalankan di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian. Seramai 15
orang peserta terlibat dalam ujian ini. Para peserta diuji mendirikan khemah
pisang sesikat (bivouac), peti pertolongan cemas, temuduga serta kembara.
Alhamdulillah dalam ujian ini para peserta SMKDPB telah lulus dengan cemerlang
dan melayakkan mereka menduduki Ujian Pengakap Raja pada April nanti. Mereka
juga telah dianugerahkan Anugerah Rambu Ketua Pengakap Negara (Rambu Remaja).
Tahniah diucapkan!
PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH
13 Januari 2019 – Pelancaran NILAM
(Nadi Ilmu Amalan Membaca) peringkat
SMKDPB telah disempurnakan oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua
SMKDPB. Program ini juga mensasarkan jumlah bacaan yang banyak oleh para
pelajar. Persembahan ulasan buku disampaikan oleh Adik Muhammad Ammar Hakimi, adik
Halimatussadiah dan adik Fatin.
|
|
|
MAULIDUR RASUL 1440H
11-12 Januari 2019 – Sambutan Maulidur Rasul 1440H telah
diadakan di SMKDPB. Sambutan ini diserikan dengan 400 orang peserta Perkhemahan
Maulidur Rasul oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Majlis anjuran
Alumni SMKDPB dengan kerjasama PIBG, PEWARIS dan Pengakap Johor.
|
|
|
Apa yang menariknya, terdapat kelainan dalam sambutan kali
ini di mana para hadirin dihidangkan dengan Demo Masakan oleh Etnik Orang Asli,
Etnik Jawa, Etnik Banjar dan Etnik Bugis. Para peserta yang terdiri dalam
kalangan ahli-ahli Pengakap Johor begitu teruja dengan demo masakan ini.
|
|
|
Pada waktu malamnya pula diadakan Malam Cinta Rasul dan
aktiviti rewang. Malam Cinta Rasul menampilkan Kumpulan Izdan, Duat Buskers,
Al-Isyrak, Al-Farabi dan Pentomin Istimewa ‘Muhammad Nabiku” oleh Ninabonos
Production SDPB.
|
|
|
Keesokkannya harinya diadakan perarakan dan selawat yang
disertai oleh 1500 orang peserta yang mewakili pelbagai badan dan agensi.
Majlis gilang gemilang ini diketuai oleh
En Zainal (Pengerusi Alumni), En Mohd Shahpri (Pengetua) En Mohd Kopli
(YDP PIBG), En Rahmat (YDP PEWARIS) dan TN HJ Yaacob (Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Johor).
|
|
|
Manakala sesi ceramah pula disampaikan oleh Prof.Madya
Dr.Hj.Mohd Ismail bin Mustari, Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM.
|
|
|
Tokoh Maulidur Rasul Kategori Guru disandang oleh Ustaz
Haris bin Mustafa, Kategori Pengakap Johor disandang oleh Tn Hj. Yaacob bin
A.Karim, Kategori Pelajar Lelaki ialah Muhammad Shayereezam bin Zainor Hisham
dan Kategori Pelajar Perempuan pula ialah Iqqa Fadlyn binti Azhar
|
|
|
|
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)




















