SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2018



1 Julai 2018 – Sambutan hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis dimeriahkan dengan geri-gerai makanan yang dibuka di sekitar dewan. Pelajar bukan Islam turut bersama merayakannya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada tahun ini.










WORLD #QuranHour 2018


7 Jun 2018 - Dewan Seri Gemilang SMKDPB turut terlibat sebagai sebuah lokasi World #QuranHour 2018 dengan menyertai lebih 1400 lokasi lain di seluruh Malaysia dan menyertai 67 buah negara di dunia. Tahun ini merupakan tahun kedua bagi warga SMKDPB turut serta dalam program ini.


Dengan jumlah seramai 669 orang pelajar dan 101 orang guru dan kakitangan sekolah maka program ini dijalankan tepat jam 12.00 tengah hari. Uniknya program ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh adik Muhammad Zahirul Iedlan bin Zamri (Pelajar OKU - Cerebral Palsy) dan diikuti dengan bacaan secara bahasa isyarat oleh adik Nur Fatin Fatihah binti Asri (Pelajar OKU - Pertuturan dan Pendengaran).


Program ini mendapat liputan secara fb live oleh wartawan Sinar Harian, Noor Azura Md Amin. Semoga usaha murni membudayakan bacaan Al-Quran ini menyemarakkan pembinaan insan dan jati diri muslimin dan muslimat warga SMKDPB.

#terimakasihSinarHarian
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=997790413712489&id=863064793851719








KEMPEN BERSALAMAN DAN PEMBERIAN DUIT RAYA 2018

7 JUN 2018 - Pengetua SMKDPB, En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof telah melancarkan Kempen Bersalaman Peringkat SMKDPB pada hari ini. Tujuan kempen ini dijalankan bagi memupuk budaya dan nilai posotif dalam diri anak-anak SMKDPB. Diharapkan semua warga sekolah mengamalkannya.
Seterusnya Pengetua serta guru-guru SMKDPB memberi 'Duit Raya' kepada semua pelajar SMKDPB sebagai tanda ingatan di Aidilfitri yang akan menjelang.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2018

7 JUN 2018 - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SMKDPB telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis ini merupakan rutin tahunan setiap kali Ramadan. Semoga aktiviti murni ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Turut hadir En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB serta barisan pentadbir.



PESERTA KHATAM AL-QURAN
 MAJLIS PERINGKAT SEKOLAH

MAJLIS TAHLIL PERDANA DAN IFTAR 2018

31 Mei 2018 - Majlis Tahlil Perdana dan Iftar bersama Alumni, Pewaris serta para guru telah diadakan di Surau Nurul Hidayah SMKDPB. Majlis yang bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam. Pada majlis ini turut disampaikan sumbangan dari pihak Alumni SMKDPB kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Semoga rezeki yang dikongsi bersama membawa sinar kebahagian buat penerima sempena aidilfitri yang akan menjelma. Terima kasih kepada semua penyumbang.
 
TAHLIL PERDANA

 
SUMBANGAN KEPADA PARA PELAJAR
 
SUMBANGAN DARIPADA ALUMNI UNTUK SMKDPB (DISAMPAIKAN OLEH PENGERUS ALUMNI KEPADA PENGETUA)
 
IFTAR

DIALOG KELESTARIAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) SEK. MEN. KPM

30 Mei 2018 - Sesi Dialog Kelestarian SBT KPM telah diadakan di SMKDPB. Dialog ini dipengerusikan oleh  Dr. Samsudden bin K.M.S. Abd Aziz (KPP SPP SBT). Pegawai SBT yang turut serta ialah Cik Rohaida binti Abdul Manap (Pegawai BPSBBSK). Turut hadir ialah En Zainal bin Buang, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TADARUS AL-QURAN ASRAMA DAERAH PONTIAN

22 Mei 2018 - Majlis berbuka puasa dan tadarus Al-Quran asrama-asrama daerah pontian telah diadakan di Surau Nurul Hidayah, SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran diikuti berbuka puasa dan diakhiri dengan solat tarawih.
Majlis ini turut dihadiri Tn Hj Yahaya bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNJ, Tn Hj. Zaidi bin Ahmad, Timbalan PPD Pontian, En Mohammad Hood bin Md Noh, Penolong PPD Pontian, Pengetua-pengetua sekolah berasrama Daerah Pontian, Warden Asrama, YDP PIBG SMKDPB, PEWARIS SMKDPB serta pelajar asrama sekolah Daerah Pontian.











SAMBUTAN HARI GURU 2018



16 Mei 2018 - Sambutan Hari Guru 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis sambutan ini dikelolakan oleh Pengawas SMKDPB, PIBG dan PEWARIS. Bertemakan Guru Pemacu Transformasi Pendidikan, majlis sambutan diadakan seawal 7.30 pagi. Pelbagai aktiviti disediakan seperti pentomin, permainan bola tampar, juara lagu dan sebagainya. SELAMAT HARI GURU