30 Mei 2018 - Sesi Dialog Kelestarian SBT KPM telah diadakan di SMKDPB. Dialog ini dipengerusikan oleh Dr. Samsudden bin K.M.S. Abd Aziz (KPP SPP SBT). Pegawai SBT yang turut serta ialah Cik Rohaida binti Abdul Manap (Pegawai BPSBBSK). Turut hadir ialah En Zainal bin Buang, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TADARUS AL-QURAN ASRAMA DAERAH PONTIAN
22 Mei 2018 - Majlis berbuka puasa dan tadarus Al-Quran asrama-asrama daerah pontian telah diadakan di Surau Nurul Hidayah, SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran diikuti berbuka puasa dan diakhiri dengan solat tarawih.
Majlis ini turut dihadiri Tn Hj Yahaya bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNJ, Tn Hj. Zaidi bin Ahmad, Timbalan PPD Pontian, En Mohammad Hood bin Md Noh, Penolong PPD Pontian, Pengetua-pengetua sekolah berasrama Daerah Pontian, Warden Asrama, YDP PIBG SMKDPB, PEWARIS SMKDPB serta pelajar asrama sekolah Daerah Pontian.
SAMBUTAN HARI GURU 2018
16 Mei 2018 - Sambutan Hari Guru 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis sambutan ini dikelolakan oleh Pengawas SMKDPB, PIBG dan PEWARIS. Bertemakan Guru Pemacu Transformasi Pendidikan, majlis sambutan diadakan seawal 7.30 pagi. Pelbagai aktiviti disediakan seperti pentomin, permainan bola tampar, juara lagu dan sebagainya. SELAMAT HARI GURU
|
|
|
|
|
|
PENARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2018
13-15 April 2018. Seramai 12 orang ahli pengakap SMKDPB yang telah lulus Ujian Pra Penarafan Pengakap Raja telah mengikuti Ujian Penarafan Pengakap Raja kali ini. Pelbagai cabaran dihadapi termasuklah hujan lebat dan kekangan masa untuk menyiapkan gajet wajib. Didoakan semoga mereka berjaya dalam ujian ini. (*Keputusan ujian akan dikeluarkan pada Julai 2018)
|
|
|
|
|
|
3RD JOHOR GIRL SCOUTS GATHERING 2018
12-14 April 2018 - Bertempat di Kem PLKN, Padang Hijau, Kluang, Johor, ahli pengakap SMKDPB telah menyertai perhimpunan. Seramai 8 orang peserta diiringi Pn Siti Aznum dan Pn Aznita. Perhimpunan tahun ketiga peringkat negeri ini dkhususkan hanya untuk ahli pengakap wanita sahaja. Dalam pertandingan yang diadakan peserta SMKDP telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan Busana yang diperbuat daripada skaf. Tahniah diucapkan.
PERTANDINGAN SYARAHAN DAN PIDATO 2018
10 April 2018 - Pertandingan Pidato dan Syarahan Daerah Pontian telah diadakan di SMK Pekan Nanas, Pontian. SMKDPB diwakili oleh Muhammad Fahim Azfar dan Nurul Hazwani Mad Shah. Adik Muhammad Fahim Azfar telah dinobatkan sebagai Johan Syarahan Daerah Pontian 2018. Tahniah dan syabas!
KARIMUN INTERNATIONAL SCOUT CHALLENGE 2018
23-25 Mac 2018 - Seramai 40 orang pelajar dan 15 orang guru telah berkelana ke Tanjung Balau, Pulau Karimun, Indonesia.Program Karimun International Scout Challenge telah dianjurkan oleh SMP Negeri 2, Karimun. Pelbagai aktiviti Kepengakapan (Pramuka) dan Matematik (Matematika) telah diadakan yang menguji kemahiran dan kecekapan tindak balas ahli-ahli pengakap SMKDPB. Beberapa kejayaan telah diperoleh antaranya menjadi Juara 1 Pertandingan Kecekapan Pengakap dan Juara 2 Pertandingan Kemahiran Pengakap.
|
|
|
|
|
|
Di samping menyertai aktiviti tersebut SMKDPB juga telah menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dengan SMP Negeri 1 Karimun, SMPS Muhammadiyah, dan MTS Islamiyah Yaspika Karimun. SMKDPB juga telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada Surau Al-Hidayah, Karimun.
Pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di Karimun sungguh menarik untuk dikenang oleh para pelajar. Sambutan meriah diterima oleh para pelajar bertaraf lima bintang. Kedatangan rombongan SMKDPB juga disambut oleh Bupati Karimun dan Dinas Pendidikan. Terima kasih penduduk Pulau Karimun, khususnya SMP Negeri 2 Karimun.
JAMBORI LENCANA JAYA 2018
23-24 Mac 2018 Seramai 13 orang ahli pengakap laut SMKDPB yang diketuai oleh Pn Siti Aznum bin Senom telah menyertai Jambori Lencana Jaya di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan yang bertujuan menguji kemahiran kepengakapan para peserta. Alhamdulillah Kontinjen daerah Pontian telah memperoleh kejayaan berikut iaitu Johan Pintu Gerbang, Kedua Pengurusan Khemah, Ketiga Malam Kebudayaan dan seterusnya dipilih sebagai Anugerah Daerah Terbaik. Syabas dan tahniah diucapkan.
Bergambar bersama Kontinjen Pontian di hadapan pintu gerbang
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SDPB 2017
1 April 2018 : Majlis Anugerah Cemerlang SDPB 2017 dengan tema “PENCETUS KECEMERLANGAN” merupakan anugerah tahunan yang diadakan untuk menghargai kejayan para pelajar SDPB dalam PT3 dan SPM pada tahun 2017. Seramai 116 penerima anugerah kecemerlangan yang terdiri daripada pelajar PT3 dan SPM 2017. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Suhaimi bin Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup.
Subscribe to:
Posts (Atom)



























