1 April 2018 : Majlis Anugerah Cemerlang SDPB 2017 dengan tema “PENCETUS KECEMERLANGAN” merupakan anugerah tahunan yang diadakan untuk menghargai kejayan para pelajar SDPB dalam PT3 dan SPM pada tahun 2017. Seramai 116 penerima anugerah kecemerlangan yang terdiri daripada pelajar PT3 dan SPM 2017. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Suhaimi bin Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup.
TATACARA PEMAKAIAN KETIKA MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2017
PEMBERITAHUAN CALON SPM 2017
PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2017
Keputusan Peperiksaan SPM 2017 akan dimumkan pada 15 MAC 2018 selepas pukul 11.00 pagi bertempat di Dewan Makan Asrama, SMK Dato Penggawa Barat.
**Kenderaan ibu bapa penjaga pelajar boleh diletakkan di kawasan asrama.
Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:
1. Pakaian Perempuan:
1.1 Pakaian yang sopan.
1.2 Digalakkan berbaju kurung.
2. Pakaian Lelaki:
2.1 Pakaian yang kemas.
2.2 Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’
3. Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1 Memakai selipar.
3.2 Memakai seluar jeans.
3.3 Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4 Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.
4. Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1 Kemas
4.2 Pendek (lelaki)
4.3 Tidak diwarnakan.
5. Peringatan tambahan.
5.1 Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2 Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.
“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”
PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH 2018
4hb Mac 2018 : Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca
dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, pemilihan Tokoh NILAM peringkat
Daerah telah diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah
berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan dan seterusnya menjadi wakil yang benar-benar mantap dan
berkemampuan bagi mewakili daerah Pontian ke pertandingan Anugerah Tokoh NILAM
Peringkat, Negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik NASUHA BINTI AZMAN dari kelas 5 Anggerik yang telah berjaya mendapat Johan Tokoh NIlam 2018 kategori Bahasa Inggeris dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Daerah Pontian bagi tahun 2018. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada adik NUR MARDZIAH BINTI JUFRI dari kelas 5 Dahlia yang berjaya mendapat Naib Johan Tokoh Nilam 2018 kategori Bahasa Melayu.
HARI PENGASAS DAERAH PONTIAN 2018
24 Februari
2018 telah diadakan Hari Pengasas peringkat Daerah Pontian. Program ini
diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik menguji kemahiran peserta. Pengakap
Laut SMKDPB telah menghantar seramai 19 orang peserta bagi menyertai program
ini. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Ahmad bin
Maslan , Ahli Parlimen Pontian.
SOUTHERN SCOUT JOURNEY 2018
21-25 Februari 2018- Program
julung kali pengembaraan mengunakan ETS (Electric
Train Service) dari Pulau Sebang, Negeri Sembilan menuju ke Sungai
Petani, Kedah.Pengakap Laut SMKDPB telah menghantar seorang peserta bagi
mengikuti program ini. Syabas dan tahniah kerana adik Ammar Hakimi Berjaya memperoleh
Anugerah Emas dalam pertandingan yang diadakan.
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN ke-53, 2018
14hb Februari 2018 : Sukan tahunan dan temasya olahraga sekolah adalah satu keperluan tradisi. Sukan adalah
elemen asas pelengkap kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Menganjurkan kejohanan
sukan tahunan atau temasya olahraga menjadi petunjuk penting dalam halatuju organisasi sekolah
pada masa akan datang.
Sukan juga merupakan jambatan pemupukan semangat toleransi dan kerjasama warga
sekolah dengan ibubapa serta penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi landasan pencarian
bakat, penggilapan bakat serta memperkembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang masing-masing. Kejohanan Sukan Tahunan 2018 SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan diadakan dengan jayanya dengan penglibatan seramai 854 pelajar bagi pelbagai acara yang dipertandingkan.
Perasmian telah disempurnakan oleh En. Darwis bin Saleh wakil Alumni SMK Dato' Penggawa Barat. Juara keseluruhan kejohanan sukan tahunan peringkat sekolah telah dimenangi oleh 'Rumah Panglima'. Berikut ialah keputusan mata kejohanan keseluruhan:
Pertama : Rumah Panglima = 532 mata.
Ke-2 : Rumah Temenggung = 478 mata.
Ke-3 : Rumah Laksamana = 455 mata.
ke- 4 : Rumah Bendahara = 415 mata.
PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2018
8-10 Februari 2018 telah
diadakan Perkhemahan Ujian Penarafan Pengakap Raja di SMKDPB. Seramai 12 orang
ahli pengakap SMKDPB telah mengikuti ujian ini. Perkhemahan kali ini menguji
kemahiran peserta untuk bergelar Pengakap Raja. Alhamdulillah kesemua 12 orang
ahli pengakap SMKDPB telah lulus dalam ujian kali ini dan mereka akan diuji
dalam penarafan sebenar pada bulan April nanti. Semoga Berjaya.
LARIAN RIA 2018
27hb Jan 2018: Program 'Larian Ria' telah diadakan bertujuan membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Objektif program ini ialah untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Program ini telah diadakan bermula jam 7.30 pg hingga jam 10.00 pagi di sekitar jalan Parit Mesjid, jalan Taman Damai, lorong Al Long dan jalan Parit Semarah. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak keselamatan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian yang turut sama membantu memberi kawalan trafik dan keselamatan kepada pihak sekolah sepanjang program ini berlangsung.


Pendaftaran Tingkatan1 Sesi 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)




























