SOUTHERN SCOUT JOURNEY 2018


21-25 Februari 2018- Program julung kali pengembaraan mengunakan ETS (Electric Train Service) dari Pulau Sebang, Negeri Sembilan menuju ke Sungai Petani, Kedah.Pengakap Laut SMKDPB telah menghantar seorang peserta bagi mengikuti program ini. Syabas dan tahniah kerana adik Ammar Hakimi Berjaya memperoleh Anugerah Emas dalam pertandingan yang diadakan.





KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN ke-53, 2018


14hb Februari 2018 : Sukan tahunan dan temasya olahraga sekolah adalah satu keperluan tradisi. Sukan adalah elemen asas pelengkap kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Menganjurkan kejohanan sukan tahunan atau temasya olahraga menjadi petunjuk penting dalam halatuju organisasi sekolah pada masa akan datang. Sukan juga merupakan jambatan pemupukan semangat toleransi dan kerjasama warga sekolah dengan ibubapa serta penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi landasan pencarian bakat, penggilapan bakat serta memperkembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang masing-masing. Kejohanan Sukan Tahunan 2018 SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan diadakan dengan jayanya dengan penglibatan seramai 854 pelajar bagi pelbagai acara yang dipertandingkan.

Perasmian telah disempurnakan oleh En. Darwis bin Saleh wakil Alumni SMK Dato' Penggawa Barat. Juara keseluruhan kejohanan sukan tahunan peringkat sekolah telah dimenangi oleh 'Rumah Panglima'. Berikut ialah keputusan mata kejohanan keseluruhan:

Pertama : Rumah Panglima       = 532 mata.
Ke-2      : Rumah Temenggung = 478 mata.
Ke-3      : Rumah Laksamana    = 455 mata.
ke- 4      : Rumah Bendahara     = 415 mata.



PERKHEMAHAN UJIAN PRA PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2018


8-10 Februari 2018 telah diadakan Perkhemahan Ujian Penarafan Pengakap Raja di SMKDPB. Seramai  12 orang  ahli pengakap SMKDPB telah mengikuti ujian ini. Perkhemahan kali ini menguji kemahiran peserta untuk bergelar Pengakap Raja. Alhamdulillah kesemua 12 orang ahli pengakap SMKDPB telah lulus dalam ujian kali ini dan mereka akan diuji dalam penarafan sebenar pada bulan April nanti. Semoga Berjaya.






LARIAN RIA 2018

27hb Jan 2018: Program 'Larian Ria' telah diadakan bertujuan membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid.  Objektif program ini ialah untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Program ini telah diadakan bermula jam 7.30 pg hingga jam 10.00 pagi di sekitar jalan Parit Mesjid, jalan Taman Damai, lorong Al Long dan jalan Parit Semarah. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak keselamatan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian yang turut sama membantu memberi kawalan trafik dan keselamatan kepada pihak sekolah sepanjang program ini berlangsung.









                          




Program Haluan Pelajar Tingkatan 1 & 4, 2018

1hb Jan 2018 :Program Haluan Pelajar Tingkatan 1 & 4 bagi ambilan sesi 2018 telah dilaksanakan.



Pendaftaran Tingkatan1 Sesi 2018

31hb Disember 2018 : Majlis pendaftaran Tingkatan 1 telah diadakan. Seramai 205 calon tingkatan 1 telah hadir pada sesi taklimat yang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.



Gotong Royong Perdana 2018

Lebih 800 pelajar bersama 84 orang guru SDPB telah hadir menyertai Gotong-Royong Perdana SMK Dato Penggawa Barat pada 30hb Disember 2017  sebagai persiapan menyambung sesi persekolahan 2018.





KEM BINA INSAN TOKOH NILAM SIRI 1/2018 FASA 1 PERINGKAT SEKOLAH

Program ini telah dilaksanakan 16.11.2017 hingga 17.11.2017 bertempat di My Resident Hotel, Pontian, Johor DT .
Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pasukan bahas, pidato dan forum sekolah.
Dalam Kem Nilam ini peserta telah didedahkan dengan bengkel Pengucapan Awam yang disampaikan oleh En.Muhammad Syahman bin Mahdi, Pensyarah Kanan, Kolej Komuniti Tangjung Piai, Pontian, Johor.

JUNIOR SENIOR SCOUTS PATROL LEADERSHIP CAMP 2018


12-13 Januari 2018 – Satu perkhemahan Ketua Patrol telah diadakan di SMK Dato’ Syed Esa, Batu Pahat dan Wisma Pengakap Batu Pahat. Program ini bertujuan untuk melatih ketua patrol untuk memimpin patrol masing-masing.
Pengakap Laut SMKDPB telah menghantar 10 orang peserta bagi mengikuti program ini. Penutupan rasmi program ini disempurnakan oleh YB Datuk Noraini binti Ahmad, ADUN Parit Sulong, Batu Pahat. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaat sepenuhnya.