Gotong Royong Perdana 2018
KEM BINA INSAN TOKOH NILAM SIRI 1/2018 FASA 1 PERINGKAT SEKOLAH
Program ini telah dilaksanakan 16.11.2017 hingga 17.11.2017 bertempat di My Resident Hotel, Pontian, Johor DT .
Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pasukan bahas, pidato dan forum sekolah.
Dalam Kem Nilam ini peserta telah didedahkan dengan bengkel Pengucapan Awam yang disampaikan oleh En.Muhammad Syahman bin Mahdi, Pensyarah Kanan, Kolej Komuniti Tangjung Piai, Pontian, Johor.
JUNIOR SENIOR SCOUTS PATROL LEADERSHIP CAMP 2018
12-13 Januari 2018 – Satu perkhemahan
Ketua Patrol telah diadakan di SMK Dato’ Syed Esa, Batu Pahat dan Wisma
Pengakap Batu Pahat. Program ini bertujuan untuk melatih ketua patrol untuk
memimpin patrol masing-masing.
Pengakap Laut SMKDPB telah
menghantar 10 orang peserta bagi mengikuti program ini. Penutupan rasmi program
ini disempurnakan oleh YB Datuk Noraini binti Ahmad, ADUN Parit Sulong, Batu
Pahat. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaat sepenuhnya.
MESYUARAT AJK MAULIDUR RASUL S.A.W BIL.2/ 2017
Semua warga SDPB yang terdiri dari kalangan murid, ibu bapa, bekas-bekas guru dan murid, komuniti, masyarakat setempat dan seluruh warga Pontian dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Lebih manis lagi penceramah yang akan bersama pada majlis tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Dato' Badlishah bin Alauddin, seorang penceramah dan pendakwah yang terkemuka di Malaysia.
Moga dengan kehadiran tuan/ puan dapat menyerikan lagi sambutan yang kami anjurkan ini.
PELANCARAN "BULAN MEMBACA 2017" PERINGKAT SEKOLAH
Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.
|
Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu bertemakan "Mari Membaca Bersama". Sempena Bulan Membaca ini, beberapa program telah diatur sepanjang bulan seperti Pameran; Pertandingan Fotografi; Kem Komputer; dan Konvensyen Bercerita Asean.
Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.
Pada 10 September 2017 Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah diadakan bagi memberi laluan Peperiksaan Percubaan SPM 2017 yang telah diadakan sepanjang Ogos 2017. Di antara aktivit-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini adalah Kem Membaca, Silent Reading, Ulasan Buku, sajak dan program nilam.
|
SOUTHERN INTERNATIONAL SCOUT FIESTA 2017 / SISF2017
22 Julai 2017 – Southern International Scout Fiesta 2017 (sisf2017) diadakan di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Program yang menggabungkan pelbagai unit pengakap dalam satu fiesta dianggap sebagai satu pembaharuan dalam aktiviti kepengakapan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan suasana. Lebih 5000 peserta termasuk pelawat yang hadir dalam program ini termasuklah dari Singapura dan Indonesia.
Pelancaran program ini telah
disempurnakan oleh Tn Hj Zaidi bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Pontian, manakala Majlis Penutupan Rasmi pula
disempurnakan oleh Datuk Ismail bin Ramli, Pengerusi Yayasan Pengakap Malaysia.
Dalam majlis ini juga seramai 21
orang pemimpin pengakap dianugerahi Bintang JDT dan Pingat JDT sebagai
menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
MAJLIS ZIARAH & MARHABAN WARGA SDPB SEMPENA AIDIL FITRI 1438H
9 Julai 2017 : ''Apabila
seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di
jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah
mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu
malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.''
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Majlis ziarah dan marhaban warga SDPB sempenan Aidil Fitri 1438H telah diadakan pada 7hb-8hb Julai 2017. Seramai lebih dariapada 15 keluarga kakitangan guru turut menyertai majlis ini. Program anjuran Kelab KEBIRU SDPB ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara warga staf melalui program kunjung mengunjung yang diadakan.
Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah
lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk
mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan dan mengeratkan
silaturahim. Sekolah Ramadan yang dilalui telah mengajar dan mendidik hati
untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Majlis ziarah dan marhaban warga SDPB sempenan Aidil Fitri 1438H telah diadakan pada 7hb-8hb Julai 2017. Seramai lebih dariapada 15 keluarga kakitangan guru turut menyertai majlis ini. Program anjuran Kelab KEBIRU SDPB ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara warga staf melalui program kunjung mengunjung yang diadakan.
Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah
lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk
mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan dan mengeratkan
silaturahim. Sekolah Ramadan yang dilalui telah mengajar dan mendidik hati
untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.|
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)

























