JOHAN BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH PONTIAN 2016


7 APRIL 2016 - Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Pontian 2016 peringkat akhir telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB Pontian. Pertandingan akhir ini menemukan pasukan bahas SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman (Pembangkang) dan SMK Dato' Penggawa Barat (Kerajaan). Usul yang dibawa oleh pihak kerajaan ialah Institusi Keluarga Membentuk Modal Insan Sempurna. Usul ini dibahaskan  dan akhirnya diterima. Oleh hal demikian, SMKDPB telah dinobatkan sebagai Johan dan pembahas terbaik dimiliki oleh Siti Hajar Mazlan (SMKDPB). Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga berjaya membawa nama Daerah Pontian ke peringkat seterusnya.


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016

6hb April 2016: Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Program KM1M yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu 4, 5 dan 6 April 2016 di  SMK Dato' Pengawa Barat. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena KM1M ini diantaranya ialah sepeti dibawah :
                                                                        I.        Pertandingan Pemimjam buku terbanyak
                                         II.        Pertandingan Menulis Sajak Sukan
                                        III.        Pertandingan Menjawab Silang Kata
                                        IV.        Pertandingan Mencipta Silang Kata
                                        V.        10 Minit bersama buku
                                       VI.        Persembahan Bahas Ala Parlimen
                                      VII.        Kuiz spontan – Pengetahuan Am
                                     VIII.        Persembahan Kior Lagu Nilam dan Lagu Mari membaca .
                                       IX.        Persembahan Sajak
                                        X.        Majlis Pelancaran KM1M


NAIB JOHAN PERTANDINGAN PENCAHAYAAN 2016

26 Mac 2016 - SMK Dato' Penggawa Barat telah diumumkan sebagai Naib Johan Pertandingan Pencahayaan Kategori Sekolah Menengah sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Johor 2016. SMK Dato' Penggawa Barat yang diwakili oleh En Razlan bin Hamidon telah menerima sijil, wang tunai dan cenderamata. Hadiah disampaikan oleh  YDP Majlis Daerah Pontian di Satdium Mini, Pontian. Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKDPB.


INOVASI I-PEINX 2016

14 MAC 2016 – Pertandingan inovasi I-PEINX 2106 telah diadakan di UTM, Skudai, Johor. Sebanyak 5 pasukan inovasi SMKDPB telah menyertainya. Mereka diringi guru pembimbing En Zainal Hasbullah, En Mohd Hafiz Ahmad, En Shirul Azman, En Mohd Amin, En Anuar dan Pn Aslipah. Dengan mempertaruhkan ciptaan iaitu EZL-REMOVER,  FISH FEEDER, SMART BIN, TRANSROTATION DAN TEMPURUNG DAN ISIRONG KELAPA SAWIT SEBAGAI MEDIUM ALTERNATIF DALAM SISTEM AKUAPONIK. Pasukan SMKDPB pulang dengan 3 pingat Perak dan 2 Gangsa. Tahniah diucapkan.
















KARNIVAL DAKWAH PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

 11-14 MAC 2016 – Karnival Dakwah Pengakap Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Terengganu. Karnival yang berlangsung selama 4 hari ini telah disertai oleh 6 orang ahli pengakap laut SMKDPB yang menyertai acara syarahan agama, Tilawah Al-Quran dan Hafazan. Mereka turut diiringi oleh Tn Hj. Abd Shukor bin Talib dan En Razlan bin Hamidon. Dalam pertandingan yang disertai, Mohd Fikri Danial berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan Syarahan Agama Pengakap Remaja. Tahniah diucapkan. 













KEMBARA JELAJAH LOMPAT TALI (JOHOR-SABAH )

11-14  MAC 2016 – Kembara  Jelajah Lompat Tali ( Jump Rope For Health) di Kundasang Sabah. Pn Zanariah bersama pelajar Mohd Afiq Izzanie dan Mohd Amril  turut menyertai kembara ini. Mereka telah melakukan demo lompat tali dalam siri jelajah ini. Tahniah diucapkan.





MAJLIS GRADUASI PT3 DAN SPM 2015


10 MAC 2016 - Majlis Graduasi PT3 dan SPM 2016 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Majlis bertujuan memberi penghargaan kepada para pelajar yang mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Nasir bin Safar YDP PIBG SMKDPB. Tahniah dan syabas kepada para pelajar yang cemerlang.




LAWATAN PENANDA ARAS / STUDI BANDING SMP NEGERI 2 KARIMUN, KABUPATEN KARIMUN 2016

6 MAC 2016 - Lawatan penanda aras atau studi banding para pelajar dan guru-guru SMP Negeri 2 Karimun telah direalisasikan pada hari ini. Seramai 20 orang pelajar dan 8 orang guru menyertai lawatan ini dengan diketuai oleh Pengetua SMP Negeri 2 Karimun H.A.Roeslan Karim S.Pd. Para peserta lawatan turut memeriahkan perhimpunan rasmi SMKDPB dan turut sama dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa peringkat SMKDPB. Dalam majlis ini, pelajar SMP Negeri 2 Karimun turut menyampaikan sebuah gurindam iaitu Gurindam Dua Belas.
Para pserta lawatan di bawa melawat ke perpustakaan, melawat kelas pendidikan khas serta turut mengikuti pembelajaran menggunakan medium Frog VLE. Terima kasih kerana sudi bertandang.


PERKHEMAHAN MUHIBAH NUSANTARA 2016


3-6 MAC 2016 - Perkhemahan Muhibah Nusantara antara Persekutuan Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia telah diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor, Malaysia. Perkhemahan ini yang disertai oleh 82 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli pramuka dari SMP Negeri 2 Karimun, Indonesia,  ahli-ahli pengakap SMK Dato' Penggawa Barat, SMK Taman Nusajaya, JB, SMK Benut, SMK Sri Perhentian dan SMK Pekan Nanas, Pontian.
             Perkhemahan yang bertujuan mengeratkan silaturahim melalui aktiviti kepengakapan antara dua negara ini diwarnai dengan aktiviti  dan pertandingan kemahiran pengakap.Para peserta juga dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti kepengakapan.
         Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh En. Mohammad Hood bin Mohamad Noh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. Turut serta ialah Tn Hj Hashim bin Mohd Dom (Pengetua SMKDPB), Tn Hj Yaacob bin A.Karim ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor) dan En Mohd Zaki bin Azman ( Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian).