MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 1 (ASRAMA)

31 Disember 2013 - 4 Januari 2014:

Minggu Transformasi Haluan Asrama bagi pelajar Tingkatan 1 yang dibimbing oleh Puan Zahriah, Guru Kaunseling SMKDPB serta para ahli jawatankuasa asrama sesi 2013/2014 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar baharu tingkatan 1 mengenali rakan-rakan dan menyesuaikan diri mereka dengan suasana asrama SMKDPB. Contohnya, "ice-breaking" yang bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar dengan pelajar. Pada akhir majlis sememangnya telah menampakkan impak positif terhadap mereka dari pelbagai aspek terutamanya dari aspek emosi mereka.




PENGUMUMAN : LATIHAN RUMAH SUKAN

RUMAH SUKAN
HARI/ TARIKH/ MASA
CATATAN
BENDAHARA
TEMENGGUNG
AHAD

12 JANUARI 2014

8.00 PG – 9.30 PG
(TINGKATAN 1 & 2)

2.00-3.30 PTG
(TINGKATAN 3,4,& 5)
           PELAJAR WAJIB MEMAKAI T-SHIRT RUMAH SUKAN MASING-MASING.

         PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 3 PERLU MEMBAWA BORANG PAJSK – REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN AKTIVITI SUKAN/ PERMAINAN PADA SETIAP KALI PERJUMPAAN.

         PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 PERLU MEMBAWA BUKU KEHADIRAN KOKURIKULUM PADA SETIAP KALI PERJUMPAAN
PANGLIMA
LAKSAMANA
ISNIN

13 JANUARI 2014

8.00 PG – 9.30 PG
(TINGKATAN 1 & 2)

4.00-5.30 PTG
(TINGKATAN 3,4,& 5)
CONTOH BORANG PAJSK











9hb Jan 2014: PANDUAN PENGISIAN MAKLUMAT APDM UNTUK SEMUA GURU TINGKATAN






MAJLIS PENUTUPAN MINGGU HALUAN PELAJAR 2014

6 Jan 2014 – Majlis Penutupan Rasmi Minggu Haluan Pelajar Tingkatan Empat 2014 telah disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom – Pengetua Cemerlang, Sekolah Berprestasi Tinggi bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB.

                Dalam ucapan penutupannya, Tn Hj Hashim menyeru para pelajar agar menjadikan pembelajaran di Tingkatan Empat sebagai landasan untuk melonjakkan kecemerlangan sewaktu peperiksaan SPM nanti. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar menghindari tanggapan negatif bahawa Tingkatan Empat merupakan tahun untuk ‘berehat’. Oleh yang demikian, beliau menuntut komitmen para pelajar agar meneruskan legasi kecemerlangan demi SDPB tercinta!.









CITA VS CINTA - DR. JOHARI SURIF

2 Jan 2014 – Satu ceramah motivasi telah diadakan sempena Program Haluan Pelajar Tingkatan 1 yang bertajuk Cita vs Cinta. Ceramah ini disampaikan oleh Dr. Johari Surif dari UTM, Johor. 

Semua orang mempunyai cita-cita:
i.                     Ingin menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa.
ii.                   Ingin menjadi insan mulia.
iii.                  Ingin berjaya dalam kehidupan.
iv.                 Ingin menjadi pelajar cemerlang.

Antara peranan pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang ialah:
i.                     Elakkan bercinta di awal usia.
ii.                   Elakkan sentuhan kasih lelaki.
iii.                  Tambahkan cinta kepada yang Esa.

Apakah itu CINTA?
Cinta itu fitrah atau anugerah.
Cinta itu indah atau menyusahkan.
Cinta itu tertawa atau tangisan.
Cinta itu seronok atau melekakan.
Cinta itu berteman atau kesepian.
Cinta itu damai atau kejam. 


Elakkan CINTA yang merosakkan, tapi rebutlah CINTA Ilahi pasti mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Teruskan memburu CITA-CITA!

 Pelajar mempunyai DUA pilihan iaitu CITA atau CINTA.


CUTI GANTI DAN CUTI PERISTIWA TAHUN 2014


SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN EMPAT 2014

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN EMPAT TAHUN 2014 BOLEH DIMUAT TURUN DI SINI.

MAJLIS APRESIASI 2014

5 Januari 2014 – Satu majlis Apresiasi  bagi menghargai pelajar-pelajar SMKDPB yang mengharumkan nama sekolah pada bulan  November 2013 telah diadakan pada pagi ini. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tn Hj Msduki bin Hj Shahri – Pegawai Pelajaran Daerah yang dalam program memantau sesi persekolah 2014.
Anugerah yang pertama diberikan kepada para pelajar yang menjadi Johan Kebangsaan dalam pertandingan  3V sempena  perkhemahan nuklear kebangsaan. 3V merujuk kepada  Veni, Vidi dan Vici yang berasal daripada perkataan Latin dan pernah disebut oleh Maharaja Rom, Julius Caesar bermaksud Saya Datang, Saya Lihat dan Saya Kuasa atau Takluki.  Para pelajar yang terlibat ialah Mohammad Hakimudin Haziq bin Hishamudin, Nur Zahirah binti Zainal dan Cheo Shi Ying. Para pelajar ini dibimbing oleh guru penasihat iaitu En Mohd Yusof  bin Ahmad. Berita kejayaan ini disiarkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Disember 2013. Tahniah dan syabas.









Anugerah seterusnya diberikan kepada ahli-ahli pengakap yang menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Johor Kali Ke-25. Dalam aktiviti yang dijalankan pasukan futsal SMKDPB yang mewakili daerah Pontian mendapat tempat kedua. Laluan penuh dramatik apabila pasukan futsal SMKDPB mengalahkan pasukan  kelana UniKL, mengalahkan pasukan negeri Selangor, mengalahkan pasukan negeri Kelantan, mengalahkan pasukan SM Sains Muar (SAMURA)  sebelum tewas kepada pasukan negeri Kedah. Tahniah dan syabas kepada Luqman Hakim bin Menhat, Muhammad Nur Fadhliuddin, Afiq Rahiman dan Izzul Zulfayri.
           Anugerah terakhir diberikan kepada ahli-ahli pengakap yang menyertai menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Johor Kali Ke-25. Dalam aktiviti Scout Race, ahli-ahli pengakap iaitu Muhammad Adhwa’Aiman, Muhammad Hilman dan Amirul Safwan telah berjaya mendapat tempat ketiga. Mereka yang mewakili daerah Pontian telah bersaing dengan pasukan-pasukan dari negeri –negeri di Malaysia. Ahli-ahli pasukan pengakap ini dibimbing oleh para pemimpin yang terdiri daripada En Anuar Salleh, Tn Hj Abd Shukor dan Pn Siti Salwani.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam mengharumkan nama sekolah. SDPB Menjuarai…

















LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1 :' i-Think'

30 Disember 2013 : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1 : Bengkel  ' i-Think' telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMK Dato' Penggawa Barat. Seramai 120 guru telah hadir bagi mengikuti bengkel tersebut. Bengkel ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan pelajar sekolah.
i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Dengan mengaplikasikan alat-alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Walaupun ini membantu murid menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu mengambil langkah seterusnya & membangunkan kemahiran bagi menggunakan pengetahuan tersebut untuk membolehkan mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah.                        

JALINAN RASA UKHWAH TERCIPTA

2 Jan 2014 – Satu program Jalinan Rasa Ukhwah Tercipta telah diadakan pada hari ini  di Sekolah Berprestasi Tinggi, SMKDPB.  Para peserta program ini dikenali sebagai peserta Jatidiri & Kesukarelawan Remaja (JDK)  Para peserta ini perlu melengkapkan 6 Modul JDK. Salah satu modul ialah Kemahiran Khidmat Masyarakat. Justeru SMKDPB telah dipilih oleh para peserta untuk melakukan kerja masyarakat. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini berakhir pada pukul 4.00 petang. Program ini dibimbing oleh HALUAN Zon Selatan. HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam. Terima kasih kepada para peserta yang menabur bakti di SMKDPB. Semoga Allah jua membalas jasa baik para peserta.