SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

16 Mei 2013 : Majlis Sambutan Hari Guru telah berlangsung pada hari ini dengan dimulai acara perarakkan guru ke Dewan Seri Gemilang diiringi paluan kompang dan bunga magga. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, ucapan YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Pengetua Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom.


Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Pemeriksaan Kesihatan Rutin 2013

9 Mei 2013: Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dari Pusat Kesihatan Daerah Pontian telah mengadakan lawatan pertama pemeriksaan kesihatan rutin kepada para pelajar tingkatan 3,4 dan 5 SMK Dato' Pengawa Barat pada hari ini. Seramai 3 orang jururawat  terlibat dalam program tersebut. Matlamat program ini diadakan bertujuan untuk memastikan para pelajar sekolah sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan dipantau. Para pelajar diberi nasihat penjaga kesihatan secara terperinci dan sistematik.

Pendaftaran Tingkatan 6, 2013

8 Mei 2013 : Seramai 120 pelajar tingkatan 6 bawah telah hadir mendaftar mulai jam 9.00 pagi. Majlis Salam Sambut pelajar-pelajar baru telah disempurnakan oleh En.Mohd.Shaphri bin Mohd.Yusof. Program pada hari ini diteruskan dengan taklimat pendaftaran yang telah dikendalikan oleh Tn.Hj.Misran bin Selamat.

English Debate Pontian District 2013

8 Mei 2013: English Debate Pontian District 2013. Smkdpb successfully defended the Championship for 13 years. Defeated SmkSp in the Final;7 May 2013 on their own turf.

NAZIR BERKAMPUNG SEHARI DI SMK DATO' PENGGAWA BARAT 2013

3 Mei 2013 : Pada hari ini, pihak  Jemaah Nazir dari Putrajaya telah berkampung di SMK Dato' Penggawa Barat. Lawatan ini merupakan pemantuan penuh yang melibatkan aspek pengurusan dan pentadbiran, kewangan, panitia mata pelajaran, dan penyeliaan pengajaran. Penyeliaan pengajaran merangkumi hampir semua subjek. Lawatan Jemaah Nasir pada kali berkaitan dengan Tawaran Baru Pengetua yang merupakan satu insentif kepada peningkatan pencapaian sekolah dari segenap aspek. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran pihak Jemaah Nazir ke sekolah. Setinggi penghargaan kepada semua jentara pengurusan sekolah yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan sekolah, pekerja swasta dan para pelajar yang telah berusaha  membuat persiapan yang terbaik dan melaksanakan dasar-dasar sekolah secara ikhlas dan komited.

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG

30 April - Program Pengarah Turun Padang ke SMKDPB telah berlangsung pada hari ini. Seramai 3 orang pegawai daripada PPD Pontian yang diketuai  Tn Hj Zaidi bin Ahmad, En Fauzan bin Mohd Hanafi dan En Nazarali bin Ali. Pemantauan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Pada akhir program ini satu taklimat tentang rumusan hasil program ini diberikan kepada guru-guru SMKDPB untuk tujuan penambahbaikan. Semoga hasil rumusan yang diberikan dapat membantu SMKDPB ke arah kecemerlangan. Sekian.


Tahniah : "SMDPB Menjuarai", Johan Kejohonan Hoki Bawah 18 tahun kategori perempuan dan lelaki MSS Daerah Pontian

27 April 2013: Kejohanan Hoki bawah 18 tahun peringkat daerah Pontian telah diakhiri dengan kejuaraan SMK Dato' Penggawa Barat bagi kategori perempuan bawah 18 tahun dan lelaki bawah 18 tahun. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Hawkeyers SMKDPB yang telah mengekalkan prestasi kejuaraan tersebut.

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2013

27 April 2013 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali dengan Pustakawan ialah seseorang pelajar yang bertugas di perpustakaan dan membantu pengguna Perpustakaan mendapatkan buku atau majalah, dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan Perpustakaan. Mereka ini, bertanggungjawab membantu guru-guru perpustakaan  menyemak dan memastikan susun atur buku dan terbitan bersiri di rak dalam keadaan kemas, baik dan mudah dikesan oleh pengguna atau dengan kata lain user friendly.

Mereka bertanggungjawab membantu guru-guru dalam memproses penerimaan buku,  terbitan bersiri (majalah/jurnal) yang baru diterima dengan mengecap dan merekodkan bahan tersebut. Disamping membantu mengendalikan urusan peminjaman dan pemulangan bahan-bahan PSS.Mereka juga membantu guru-guru memastikan bahan-bahan bacaan dan dokumen dijaga dan diselenggara dengan elok agar tidak rosak atau hilang.Tugas & tanggungjawab mereka juga bukan terhad di dalam perpustakaan sahaja malah merujuk kepada definasi Pusat Sumber di mana seluruh sekolah merupakan pusat sumber. Maka Pengawas PSS juga betanggungjawab membantu guru-guru pusat sumber melaksanakan program-program PSS seperti program nilam dan sebagainya

Justeru, pada hari ini sebagai menghargai dan memberi motivasi kepada mereka yang akan bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut, satu majlis penyampaian watikah telah diadakan. Seramai 21 pelajar SMKDPB telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah di SMK Dato' Pengawa Barat. Mereka yang dilantik adalah dalam kalangan pelajar cemerlang dan komited untuk berkhidmat kepada sekolah khususnya sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis ini juga berlangsung pada sesi petang bagi melantik dan menyampaikan watikah untuk Pengawas Pusat Sumber sesi petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn.Haji Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat.

JUARA SEPAK TAKRAW MSSD L18



24 April – Kami Menongkah Bintang Di Angkasa, Akhirnya Bulan Jatuh Ke Riba. Satu gambaran yang tepat ditujukan kepada pasukan sepak takraw SMKDPB yang bertandingan di Kejohanan Sepak Takraw MSSD yang berlangsung selama 2 hari di STMI (2) Pontian, Johor.   Pasukan SMKDPB telah menghantar 4 pasukan iaitu 2 pasukan bawah  umur 15 tahun dan 2 pasukan bawah  umur 18 tahun. Pasukan SMKDPB ‘B’  bawah 18 tahun yang dianggotai oleh Badrul Amin bin Jamaluddin ( Kapten),  Muhamad Hanif bin Kamarudin, Aminurrusydi bin Mohd Pairus, Farhan bin Mohd Asri dan Muhammad Safuan Bin Rosli telah muncul juara setelah menumpaskan pasukan SMK Dato Mohamad Yunus Sulaiman.
                Kronologi kejayaan pasukan SMKDPB ‘B’ apabila SMKDPB ‘B’ menjadi johan kumpulan  H dan seterusnya bertemu SDAHA di peringkat suku akhir.Laluan berliku terpaksa ditempuh oleh pasukan ini yang berhempas pulas menewaskan SDAHA. Kecemerlangan ini diteruskan dengan mengerah kudrat menewaskan pasukan  SMK Tan Sri Osman Mohd Saat (STOMS) di peringkat separuh akhir. Pasukan ini seterusnya menewaskan SMKDMYS di peringkat akhir dan dinobatkan sebagai juara. Syabas diucapkan...terutamanya buat adik Badrul Amin yang bertindak sebagai  tekong dan ‘killer’ setelah Muhammad Hanif mengalami kecederaan. Tahniah buat guru-guru sepak takraw iaitu En Anuar Salleh, Tn Hj Shukor  Talib dan En Wagiman Sangat.

 Buat warga SMKDPB:

Yang kami berikan hadiah,
Yang kami cipta sejarah,
Yang kami harumkan nama sekolah.


SMKDPB MENJUARAI!

PELANCARAN HARI BUKU SEDUNIA 2013

23 April 2013 : Pada hari ini kita sedang menyambut Hari Buku Sedunia yang disambut serentak seluruh dunia.Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia. Tujuannya bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah. Di sekolah kita terdapat pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan hari tersebut. Diantaranya adalah Majlis Pelancaran Moskot Buku Sekolah, tayangan multimedia, kuiz mingguan dan pengucapan ulasan buku.